Seni & Sukan 21 Apr, 2021

Berita Terkini| Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Kelantan tinggi! Melepasi Rt negara - KKM!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Kelantan adalah 1.43 melepasi Rt negara, 1.19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai tersebut merupakan jangkaan mengikut kes harian pada Selasa, 20 April 2021.

"Kadar Rt Kuala Lumpur adalah 1.28 diikuti Negeri Sembilan (1.18), Sarawak (1.17), Terengganu (1.15), Selangor (1.10) dan Sabah (1.10)," katanya yang dipetik laporan Sinar Harian, Rabu 21 April 2021.

Dalam pada itu beliau menjelaskan Kedah merekodkan nilai Rt 1.09, Melaka (1.06) dan Pahang (1.0).

"Empat negeri merekodkan kadar Rt di bawah satu adalah Pulau Pinang (0.91), Putrajaya (0.97), Johor (0.9) dan Perak (0.82)," katanya lagi.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif. 

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan Kelantan merekodkan 429 kes positif Covid-19 yang membabitkan 426 jangkitan tempatan, satu kes penjara dan dua kes import B serta C. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KEBOLEHJANGKITAN (Rt) Covid-19 di Kelantan adalah 1.43 melepasi Rt negara, 1.19 .

 

0
2
1
0
0
You will be interested