Seni & Sukan 25 Jun, 2020

Baru tadika! Kash, Chris antara 10 menang cabaran warna FAM

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

KASHMITHRA Mohanaganesan dan Chris Clevery Albert muncul dua peserta termuda yang dipilih antara 10 pemenang Cabaran Mewarna Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2020. Penyertaan mereka yang baru berusia enam tahun, didapati menambat hati Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selaku panel pemilih. : KitaReporters

SEPULUH pemenang Cabaran Mewarna FAM 2020 diumumkan dalam Facebook FAM dengan dua daripadanya Chris dan Kash (atas, kanan). - Kredit foto: FAM



Cabaran Mewarna FAM 2020 dibuka kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah secara dalam talian menerusi hantaran ke laman-laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dari 12 Jun hingga 19 Jun 2020.

Laman sosial Facebook FAM menyebut, “pada asalnya, hanya lima peserta terbaik yang perlu dipilih dengan setiap seorang akan memenangi sehelai baju T Harimau Malaya.

SETIAUSAHA Agung FAM, Stuart Ramalingam  (kanan) bersama-sama Hamidin Mohd. Amin dan Tan Cheng Hoe, meneliti antara penyertaan para peserta Cabaran Mewarna FAM 2020  - Kredit foto: FAM


Namun setelah melihat jumlah penyertaan dan sambutan yang cukup memberangsangkan, FAM dengan sukacitanya menambah kepada lima pemenang lain untuk menjadikannya 10 orang untuk Cabaran Mewarna kali ini.

“Pemenang akan dihubungi FAM untuk menerima hadiah berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam cabaran yang sama dan menantikan cabaran seterusnya!,” lapor laman berkenaan pada Rabu, 24 Jun 2020.

CABARAN Mewarna 2020 memaparkan lakaran aksi Safawi Rasid, sayap kanan Harimau Malaya. - Kredit foto: FAM  


Cabaran Mewarna FAM memerlukan para peserta menunjukkan kreativiti masing-masing dalam mencantikkan lakaran aksi pemain sayap kanan negara, Safawi Rasid.

Lakarannya diadaptasi daripada perlawanan pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang Indonesia yang dimenangi Harimau Malaya 2-0.

Peraduan ini juga dianggap satu sumbangan khidmat masyarakat FAM dalam mengajak kanak-kanak mengisi masa lapang ketika sesi persekolahan rendah masih ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat Covid-19. - KitaReporters

PANEL pemilih Cabaran Mewarna FAM 2020 menayangkan 10 penyertaan para pemenangnya di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Kredit foto: FAM


SENARAI PEMENANG :

  1. Aidy Badri Mohd. Bakri (9 tahun)
  2. Nur Rufaidah Damia (7 tahun)
  3. Nur Safiyyah Amani Mohd. Idham (7 tahun)
  4. Chris Clevery Albert (6 tahun)
  5. Kashmithra Mohanaganesan (6 tahun)
  6. Niwhilya Balu (7 tahun) tahun)
  7. Ammar Anas Mohd. Aza Zulkiflee (9 tahun)
  8. Aryan Farees Emran Azahari (8 tahun)
  9. Kamelia Nur Mawaddah Fariq Muhriz (8 tahun)
  10. Wan Muhd. Shameel Amsyar (7 tahun)

0
2
0
0
0
You will be interested