Seni & Sukan 19 Jun, 2020

Masjid, surau tak imarah? Takut COVID-19 atau disuruh balik?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SEMUA masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibuka semula kecuali yang berada di kawasan zon merah. Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembukaan rumah ibadat itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memastikan bilangan jemaah adalah satu pertiga daripada kapasiti bangunan. : KitaReporters


Namun, sama ada takut atau tidak tahu, kehadiran jemaah di beberapa buah masjid di Wilayah Persekutuan seperti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kurang memberangsangkan.

Hal tersebut dikongsi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri dalam akaun Twitter miliknya.

“Alhamdulillah genap 100 hari di sini dengan izin-Nya. 

"Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin WP Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan,” tulisnya.


Justeru, Dr Zulkifli menyeru orang ramai agar kembali mengimarahkan masjid dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau dan zon kuning di Wilayah Persekutuan mula dibuka dengan had kapasiti 1/3 dari jumlah had kapasiti dewan solat utama.

“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam Wilayah Persekutuan bagi yang berhampiran. Pastikan patuhi semua SOP yang ditetapkan,” ujarnya.


Sementara itu, orang ramai memberi beberapa cadangan agar masalah itu dapat diselesaikan. Malah, ada yang mendakwa, masih ramai yang takut dan khuatir akan dihalau oleh pihak masjid sekiranya hadir ke masjid.

“Macam mana nk penuh. Orang semua takut buang masa pergi masjid selepas itu nanti AJK masjid halau balik. Banyak masa eh nak kena reject bagai? Cuba buat aplikasi ke apa ke boleh mohon siapa nak solat di masjid,” cadang salah seorang netizen.

Seorang lagi netizen pula mencadangkan agar perkara tersebut dihebahkan di televisyen dan radio kerana berkemungkinan masih ramai yang tidak tahu.


Rungutan dan cadangan netizen yang boleh diambil kira!!

“Kena iklankan banyak-banyak dalam televisyen and radio Ustaz. Barang kali ada yang masih tak dapat maklumat dan khuatir apabila pergi ditutup.

“Sebab ada kawasan tertentu kita tak tahu status masjid telah dibuka atau masih tutup. Pihak masjid boleh buat kain rentang besar bahawa ‘masjid telah dibuka!’ Insya-Allah,” cadang seorang lagi netizen.

Mungkin apa yang dicadangkan oleh orang ramai boleh diambil kira. 

Ada sesetengah jemaah, tidak tahu sama ada masjid tersebut sudah memenuhi kuota yang ditetapkan. Apabila datang, akhirnya terpaksa patah balik kerana sudah penuh.

Kes-kes sebegini membuatkan orang ramai tawar hati untuk hadir ke masjid kerana tidak mahu membuang masa kerana terpaksa berpatah balik. - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested