Seni & Sukan 14 May, 2021

Berita Terkini| 11 individu dikompaun RM12k kerana keluar beraya! Polis terus buat pemantauan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

GAMBAR HIASAN... POLIS terus membuat pemantauan di kawasan kejiranan bagi memastikan keadaan selamat. 


SERAMAI lapan individu di Melaka ini dikenakan kompaun berjumlah keseluruhan RM12,000 pada hari pertama perayaan Aidilfitri, Khamis, 13 Mei 2021.

Pegawai Turus Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Deputi Superintendan Nik Ab. Halim Nikmat berkata, kesemua lapan individu yang dikenakan kompaun berusia antara 20 hingga 46 tahun.

Kompaun dikeluarkan selepas Individu terbabit didapati keluar rumah untuk beraya dan tiada penjarakan fizikal mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai lapan individu yang ingkar SOP telah dikenakan kompaun bernilai RM1,500 setiap seorang. Enam kompaun telah dikeluarkan di daerah Melaka Tengah, manakala dua lagi di Jasin.

“Setakat semalam, kita juga telah memeriksa sebanyak 1,021 buah rumah melibatkan ketiga-tiga daerah di negeri ini,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Pasukan pemantau juga melakukan pemeriksaan pematuhan SOP di 56 tanah perkuburan seluruh negeri ini.

Jelas beliau, pasukan peronda akan terus membuat pemantauan di kawasan-kawasan pedalaman di kampung.

“Sekiranya keadaan mencurigakan, pasukan polis akan membuat semakan lebih terperinci termasuk memeriksa dokumen bil api dan air untuk mengesan sekiranya ada individu yang telah merentas negeri,” jelasnya.  - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Pegawai Turus Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Deputi Superintendan Nik Ab. Halim Nikmat berkata, lapan individu berkenaan dikenakan  sebanyak RM12,000. - Kredit foto: Utusan Malaysia

0
0
0
0
0
You will be interested