SELEPAS tular beberapa insiden 'kantoi' membabitkan rider syarikat perkhidmatan penghantaran makanan membawa barang terlarang mahupun cubaan pemandu lori ais membawa ketum, kini ada modus operandi lain yang diguna pakai bagi mengaburi mata pihak berkuasa. : KitaReporters
Terbaharu,
menggunakan perkhidmatan syarikat kiriman atau penghantaran berlesen (kurier), golongan 'penyangak' ini mungkin beranggapan taktik tersebut
selamat dan mampu menyembunyikan perbuatan salah mereka.
Namun, awas ya! Pihak berkuasa tidaklah semudah ABC untuk anda permainkan.
Buktinya..... dua
cubaan menyeludup rokok seludup berjaya dipatahkan dalam tempoh masa
setengah jam sahaja oleh pasukan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)
Cameron Highlands, Pahang.
Hebat!!!
Dalam
dua kejadian berasingan itu, dua lelaki diberkas bersama beberapa kotak
barangan mengandungi rokok seludup yang diambil mereka dari pusat
pengumpulan sebuah syarikat kiriman berlesen.
Ketua
Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Ashari Abu Samah
berkata, sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai itu terpaksa
menggunakan syarikat kiriman untuk menghantar barangan terlarang kepada pelanggan kerana bimbang ditahan semasa sekatan jalan raya (SJR).
Malah
katanya, pemeriksaan secara rambang terhadap kenderaan mencurigakan
juga menyebabkan sindiket berkenaan tidak mahu mengambil risiko
sekiranya diarahkan untuk diperiksa.
"Penghantaran
rokok seludup ini dilakukan menggunakan servis kurier dari lokasi
lain ke sini (Cameron Highlands).
"Bagaimanapun, disebabkan alamat yang diberikan itu tidak wujud, maka penghantaran dibuat di lokasi lain setelah menghubungi penerima.
"Siasatan
mendapati, rokok seludup itu mempunyai permintaan tinggi di sini
terutama dalam kalangan pekerja warga asing.
"Harga yang dijual juga lebih tinggi berbanding harga biasa di bawah (tempat lain)," katanya.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 28
tahun itu diberkas antara pukul 3 hingga 3.30 petang di kawasan
Perumahan Makmur di Tanah Rata dan Kampung Raja Blue Valley di Cameron
Highlands pada 22 April 2020.
Katanya,
pemeriksaan mendapati kesemua bungkusan yang dirampas daripada
kedua-dua kenderaan jenis Toyota Hilux milik suspek itu mengandungi 700
karton rokok seludup tidak bercukai pelbagai jenama.
"Anggaran
rampasan bernilai lebih kurang RM40,000 manakala nilai rampasan
bercukai dianggarkan berjumlah RM900,000," katanya. - KitaReporters
Tags: