Gaya 26 Apr, 2020

SIAPA MUHYIDIN? SIAPA DD CHRONICLE? SIAPA!!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Bagi mereka yang aktif dalam media sosial terutama dalam YouTube, channel Dd Chronicle ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana rata-rata pengguna sudah mengenali siapa beliau. Didi Sulaiman, 40, atau lebih dikenali dengan Dd Chronicle ini sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia Youtuber, tetapi bermula 2015, beliau lakukan secara serius. : KitaReporters


Antara video parodi beliau. - Kredit video: Dd Chronicle. 


Pelbagai content telah disediakan oleh beliau di channel youtube miliknya, Dd Chronicle dan kemuncak nama beliau dikenali ketika beliau melakukan satu video parodi berkisahkan 'Siapa Muhyidin' yang dilaungkan oleh seorang gadis yang menyertai satu perhimpunan sebagai tanda protes selepas kerajaan berubah. 

Video yang membuatkan nama beliau makin dikenali. - Kredit video: YouTube Dd Chronicle. 


Sejak itu, Dd Chronicle terus mendapat perhatian netizen dan 'subscribe' beliau terus naik secara mendadak. Malah dalam masa sebulan sahaja, beliau dapat kumpul lebih 100,000 langganan.

Ketika ini, channel miliknya sudah memiliki lebih 188,000 langganan

Youtuber yang dikenali sebagai Brojep juga telah lakukan kajian dan telah memberitahu apa rahsia sehingga beliau mampu mencapai angka tersebut dalam masa sebulan sahaja. 

Kredit video:  YouTube Brojep. 


Sejak itu, beliau seakan-akan memahami apa cita rasa masyarakat di Malaysia dan Dd Chronicle tidak toleh ke belakang lagi, beliau terus memperbanyakkan video berkisahkan parodi dalam channel YouTube miliknya bagi tatapan orang ramai. 

Setakat hari ini, video yang dihasilkan oleh beliau berjaya diterima dengan baik oleh pengikutnya. 

Bilik yang dijadikan tempat rakaman serta suntingan beliau. - Kredit fb Dd Chronicle. 


Apa yang menarik mengenai video parodi beliau yang diangggap lain dari lain adalah, video yang dihasilkan itu seakan-akan memperlihatkan beliau berinteraksi bersama orang di dalam video tersebut. 

Namun begitu, beliau lakukan semua itu hanya editing dan beliau lakukan bersendirian serta bilik di rumahnya dijadikan sebagai tempat rakaman dan suntingan video



Selain video parodi yang dihasilkan ini, beliau juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian

Jika dilihat video 'cover' nyanyian Dd Chronicle, ternyata suara beliau memang lunak dan mendapat pujian daripada pengikut setia beliau.


Antara video nyanyian Dd Chronicle. - Kredit video: YouTube Dd Chronicle. 


Tambah Dd Chronicle, beliau akan meneruskan content parodi dan sketsa pendek yang dilihat berpotensi untuk naik seperti video parodi. 

Pada masa sama, beliau juga akan bereksperimen dengan beberapa content lain bagi memperbanyakkan lagi video di channel miliknya. 

Antara video sketsa pendek yang dihasilkan oleh beliau. - Kredit video: Dd Chronicle. 


Kejayaan yang beliau kecapi ketika ini bukan datang dengan mudah kerana pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi sepanjang 10 tahun dalam dunia Youtuber.

Katanya, bagi mereka yang baru berjinak dan ingin menjadi Youtuber yang berjaya, jangan sesekali pernah putus asa, teruskan muat naik video biarpun tidak ramai yang melihat ketika itu.

Konsisten dalam hal ini sangat penting kerana bila tiba masanya, pasti orang akan membuka mata. 

Rezeki sememangnya tidak pernah salah alamat. - KitaReporters

You will be interested

Video| Tahniah 'Didi & Friends' Indonesia! 1 Juta Langganan!

Program siri animasi popular kanak-kanak Didi & Friends versi bahasa Indonesia telah berjaya meraih 1 juta langganan dengan lebih daripada 32 juta jam tontonan

Fariza Saidin in Gaya 3 days ago

Video| Muss kembali menyengat! Pukau pentas episod ke-8 GV7!

Kerana dapat lagu rock iaitu Seragam Hitam nyanyian kumpulan Kristal, bekas penyanyi kumpulan May, Muss mengawal pentas dengan baik dengan gaya rock tersendiri
Fauzan Uda Ahmad in Gaya 1 day ago

Video| Licik! 4 penyanyi realiti bergabung demi Suara Licik!

Black Hanifah, Hazama, Tomok dan Akim lahir daripada program realiti. Selain bergabung dalam konsert 4G's, mereka juga bersatu dalam lagu terbaharu Suara Licik
Fariza Saidin in Gaya 1 day ago

Masa kecil comot dan kotor! Kini dinobat Miss Vietnam 2020!

Do Thi Ha, berusia 19 tahun yang dilahirkan di wilayah Thanh Hoa, berasal daripada keluarga petani. Sering bantu ibu bapanya yang bekerja kampung dan jaga lembu
Zuhayati Yazid in Gaya 1 day ago

MAMA 2020 6 Dis 2020! Saksikan secara online dalam Joox!

Joox bawakan anugerah K-pop terbaik dan popular Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2020 dengan live streaming dan VOD, secara eksklusif untuk pengguna di Malaysia
Editor KitaReporters in Gaya 2 days ago