SEEKOR anjing bernama Ivy boleh dikatakan antara anjing terkaya dek kerana bakat sendiri! Ya, bukan disebabkan harta peninggalan tuannya yang biasa terjadi, tetapi hasil penjualan lukisannya sendiri.
Walau bagaimanapun, bakat yang dimiliki Ivy diasah oleh tuannya yang bernama Lisa Kite sejak anjing itu berusia dua tahun.
Lapor portal Mirror UK, anjing yang kini sudah berusia sembilan tahun itu telah berjaya menjual hasil-hasil karyanya sebanyak lebih RM85,000.
Pelbagai jenis lukisan abstrak dihasilkan oleh Ivy. - Kredit foto: IG Ivy Kite
Hasil tunjuk ajar sejak kecil lagi, Ivy kini hanya memerlukan masa selama seminggu untuk menyiapkan lukisannya dengan tunjuk ajar oleh Lisa.
"Tidak memerlukan waktu lama untuk mengajarinya
melukis. Dia melukis dalam waktu seminggu.
"Awalnya, saya melatihnya untuk mengambil bir dari peti sejuk untuk dihidangkan kepada anak-anak saya ketika mereka datang berkunjung. Dari situlah saya mula mengajarnya beberapa teknik yang berbeza,” cerita Lisa.
Ivy diajar melukis oleh tuannya sejak ia berusia dua tahun.-Kredit Foto: Mirror UK
Hingga kini, lvy telah menghasilkan pelbagai jenis
lukisan yang turut dijual secara dalam talian. Malah, lukisan Ivy paling mahal pernah
terjual berharga lebih RM2,000.
“Saya mengumpulkan banyak lukisan Ivy dan menjualnya ke seluruh dunia. Saya kagum dan terkejut kerana ramai orang ingin membeli lukisan tersebut,” kata Lisa.
Sungguh pun memperolehi banyak wang hasil penjualan lukisan tersebut, namun Lisa tidak sesekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Malah, dia menyumbangkan hasil keuntungan itu ke badan amal dan bank makanan (food bank) di tempatnya.
Lihat, walaupun hanya seekor haiwan, namun ia mampu membuat kebaikan dengan hasil tunjuk ajar tuannya. Jadi, janganlah sesekali menyeksa haiwan kerana mereka juga membawa kebaikan dan makhluk Allah SWT.