Seni & Sukan 24 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: Rider Foodpanda, JPKK Parit Raja santuni warga emas!! Kami hantar sumbangan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Penghantar makanan Foodpanda Cawangan Parit Raja, Batu Pahat, Johor bersama-sama Ketua Kampung Parit Raja, Majdan Jamain (tengah) yang terbabit dalam Program Semai Kasih Setulus Budi. 


BERPEGANG kepada pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ menyuntik semangat lapan penghantar makanan dari Foodpanda Cawangan Parit Raja, Batu Pahat, Johor untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat.

Bagi merialisasikan kerja amal kebajikan yang bertepatan dengan aspirasi konsep Keluarga Malaysia itu penghantar makanan terbabit bersepakat mewujudkan Program Semai Kasih Setulus Budi iaitu anjuran Foodpanda cawangan berkenaan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit Raja.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan

Norul Izhar Nasir (kiri) bersama-sama rakan dan Majdan menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas.


Pengelola program berkenaan, Norul Izhar Nasir, berkata di samping beliau, tujuh lagi rakan Foodpanda terbabit ialah Mohd Nazrin, Arshad, Fariz, Nur Fahmi, Amirul Syahmi, Afif Fidaiy dan Mohamad Nabil Fikri yang bertindak sebagai ‘Rider Kapten’.

Menurutnya, program itu mendapat sokongan padu daripada ahli JPKK khusus pengerusinya yang juga Ketua Kampung Parit Raja, Majdan Jamain apabila turut serta turun padang mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 30 warga emas di Parit Raja pada 20 Januari 2022 lalu.

“Dalam program pertama ini kami memberi fokus kepada golongan warga emas yang uzur serta tidak berkemampuan mendapatkan sumber makanan asas disebabkan masalah kesihatan dan sebagainya untuk disantuni ke rumah. 

“Buat permulaan ini kami melengkapkan dalam bakul makanan itu beberapa barangan asas keperluan harian seperti tepung gandum, susu, beras, sardin, sos, teh, gula serta facemask (pelitup muka) hasil sumbangan dana daripada rakan Foodpanda dan JPKK,” katanya.


Dalam program yang pertama bantuan disalurkan kepada warga emas terlebih dahulu secara berperingkat-peringkat sebelum beralih kepada golongan lain.


Norul Izhar berkata, melalui program itu diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penghantar makanan Foodpanda dengan penduduk setempat serta mengiktiraf kerjaya kami setaraf pekerjaan profesional yang lain dan mampu menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

Menurutnya, menerusi hubungan yang terjalin erat dengan masyarakat nanti memberi peluang kepada mereka untuk menjadikan Foodpanda jenama kekeluargaan dan servis bermutu tinggi dengan tidak lupa untuk menabur bakti pula.

“Selain program ini kami turut mengadakan kutipan tabung kemalangan serta mengadakan pelbagai aktiviti sukan riadah bersama-sama penduduk setempat di samping mewujudkan Panda999 bagi menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa.

“Kami berharap program yang dirancangkan ini berjaya dilaksanakan terutama apabila fokus bantuan amal kebajikan akan tertumpu kepada golongan asnaf, keluarga miskin serta anak yatim secara berperingkat-peringkat,” katanya. - KitaReporters


Norul Izhar (dua dari kanan) berbincang dengan rakan-rakan untuk program seterusnya bagi membantu masyarakat.

24
20
0
9
0
You will be interested