Gaya Hidup 28 Jan, 2022

Video| Teong Kim dakwa kenyataan TMJ tak benar! Tunku Ismail beri amaran, jangan nak putar belit!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto: Instagram Zulhelmi Zainal Azam 

SEBELUM sesi temu ramah oleh Astro Arena bersama pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mohkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai, 'Pendedahan Eksklusif TMJ', kita boleh jangkakan bahawa akan timbul isu panas selepas itu.

Dan ini ternyata benar. 

Tidak perlu tunggu begitu lama, selepas pendedahan TMJ berkenaan bekas jurulatih Akademik Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim (LTK) meminta gaji bulanan yang tinggi, ia telah mendapat respons pantas dan telah membalas kembali dalam ruangan komen Instagram wartawan yang menemu ramah TMJ.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tunku Ismail Sultan Ibrahim




Menurut TMJ, LTK meminta gaji sekitar €70,000 hingga €80,000 (RM327k hingga RM374k sebulan. Dan beliau juga ada menyatakan jika LTK sememangnya sayang bola sepak Malaysia, LTK perlu bekerja dengan gaji sekitar RM20,000-RM30,000 sahaja.  

Malah TMJ juga ada mempersoalkan sama ada LTK pernah memegang sebarang jawatan bersama skuad senior atau tidak. Ini bermaksud bahawa LTK belum ada satu keputusan bersama skuad senior. 


Kredit foto:  Vocket FC 


Maka tidak hairanlah kenapa LTK telah membalas dan mencabar kembali kenyataan TMJ agar memberinya satu pasukan untuk beliau membuktikan kredibiliti dan pengalaman yang ada pada dirinya. 

Persoalan dia, siapa yang berkata benar? 

Adakah apa yang diperkatakan oleh TMJ itu benar? Atau akan ada pihak tampil menyangkal kesemua apa yang diperkatakan oleh pemilik JDT ini? 

Tak sabar nak lihat drama bola sepak dah macam drama di TV pula.


Kenyataan balas daripada LTK. 


Namun kemudian Tunku Ismail dilihat menjawab kenyataan balas LTK terhadap kenyataannya dalam temuramah tersebut.

TMJ menyebut pasukan kewangannya tahu apa yang diminta oleh LTK dan meminta LTK jangan berdolak dalik atau putar belit kerana dia (Tunku Ismail) tak bercakap bohong.



Dalam media sosial ketika ini, isu berkenaan telah menjadi topik panas dan pelbagai reaksi boleh dilihat daripada netizen. 

Fuhhh, nampaknya selepas ini Astro Arena kena terbang ke Jerman pula untuk temu bual LTK dan mendapatkan reaksi balas daripadanya.

Adakah permintaan LTK akan diterima atau TMJ akan membalas kembali apa yang dilontarkan oleh LTK? Mari kita lihat siapa yang kena. 

Pendedahan bersama TMJ ini dijangka akan terus panas selepas ini jika ada pihak yang cuba menangkis apa yang diperkatakan oleh TMJ. - KitaReporters


13
12
1
14
0
You will be interested

Video| Mohon Perhilitan bantu selamatkan! Gajah berkeliaran di kawasan perumahan! Berhati-hatilah!

Tular video-video dalam Facebook paparkan gajah yang dilihat pijak pagar rumah penduduk dan berkeliaran di sebuah kawasan perumahan di Taman Seri Impian, Kluang

Keluarga Malaysia berpakaian tradisional! Majlis penutupan program Sambutan Bulan Kemerdekaan SPiRa!

Berpakaian tradisional pelbagai bangsa dan kaum Keluarga Malaysia jadi acara kemuncak majlis penutupan program Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pintas Raya (SKPR)
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 16 hours ago

Pesta Berakit raikan 3 hari penting! Hari Malaysia, Hari Sungai Sedunia, Hari Pelancongan Sedunia!

Sebanyak 44 pasukan berakit ambil bahagian dalam acara Pesta Berakit Kuala Krai 2022 yang berlangsung selama 2 hari pada 16-17 Sept 2022 di Dabong, Kuala Krai
Amil Abdullah Saiby in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Tahniah Noraniza! Cipta rekod MBOR! 565 penari! Paling ramai buat persembahan irama Malaysia!

Noraniza Idris lakar sejarah apabila terima pengiktirafan MBOR apabia berjaya himpunkan jumlah penari paling ramai (565 orang) dalam persembahan Irama Malaysia
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 21 hours ago

Video| Danial minta maaf, reda dikutuk gagal hos GV9! Bidan terjun! Dapat skrip 2 jam sebelum show!

Danial minta maaf kepada peminat GV. Ada kata dia rosakkan program, anggap pengacara paling teruk. Dia reda dan jadikannya pengajaran untuk jadi hos lebih baik
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 22 hours ago