Video| Allahu! Tular video Aliff Aziz imamkan solat sebelum bertanding! Bella turut jadi jemaah!
@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain
Share this
a
SEHARI selepas berakhir Gegar Vaganza musim 8 (GV8), tular video sang juara, Aliff Aziz sedang mengimamkan solat maghrib secara berjemaah di sebuah bilik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), tempat pertandingan berlangsung.
Terdapat 3 lelaki dan seorang wanita sebagai jemaahnya. Jemaah perempuan dipercayai isterinya, Bella Astilla atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astilah.
Video itu diambil secara curi di belakang pentas dan dipercayai dirakam oleh seorang krew GV8 melalui aplikasi TikTok mengguna nama ‘yesoooo’ .
Video itu tular dan telah ditonton hampir sejuta kali.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen positif akan langkah Aliff itu yang tidak lupa menunaikan kewajipan walau di mana berada.
Malah, ramai yang mengagumi perubahan diri Aliff yang meskipun sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi namun hidayah itu milik Allah.
Menurut netizen lagi, sebelum ini Allah memberi satu demi ujian dan banyak kali penyanyi berasal dari Singapura itu jatuh bangun namun akhirnya kini menjadi menjadi lebih baik.
Umum mengetahul bahawa penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun ini melakukan hijrah tidak lama dulu dengan meninggalkan hidup kelamnya sejak tahun lalu (2021) dan mendalami agama dan mengikut kegiatan tabligh.
Isterinya Bella Astilla, 29, pula yang selama ini suka bergaya seksi akhirnya bertudung.
Pasangan yang mempunyai dua cahaya mata ini ini pernah berkahwin dan bercerai tetapi kemudian bernikah semula. Ketika menyertai GV8, Bella menjadi pengurus Aliff dan membela suaminya daripada menerima kritikan netizen.
Aliff akan menggunakan wang hasil kemenangan GV8 untuk perkara kebaikan seperti memberi sejumlah wang bagi kegiatan keagamaan dan sebahagian untuk keluarganya di Singapura.
Bella sentiasa memberi sokongan moral kepada Aliff
Selain itu Aliff akan mengerjakan umrah bersama Bella. Dia berhasrat menyambut ulang tahunnya yang ke-31 di Mekah. Bagi kegiatan seni, Aliff cuba tidak melanggar hukum agama.
Untuk lakonan Aliff akan cuba mengelakkan adegan bersentuhan dengan wanita. Sementara untuk nyanyian Aliff akan cuba membawa lirik membawa kebaikan.
Aliff kini mahu menjadi insan baharu yang bebas daripada pelbagai kontroversi bagi menjadi insan seni yang bermaruah. - KitaReporters
Anzalna Nasir, 34, dan Elfira Loy, 28, sambut kelahiran anak kedua masing-masing pada hari Jumaat 20 Mei 2022. Tak umum nama juga papar wajah secara sepenuhnya
Dua lelaki berusia 40-an, cedera parah di Kpg Bendang Sera, Baling akibat dihempap pokok tumbang yang timpa bangsal tempat mereka berteduh daripada hujan lebat
Dolla pertahan busana digayakan dalam video muzik Suara Lebaran Kita dendangan bersama Hael Husaini sebagai tak keterlaluan kerana sesuai dengan imej kumpulan
Siti Nurhaliza lahirkan perasaan rindunya untuk anjurkan konsert berskala besar setelah dua tahun tidak berkesempatan lakukannya disebabkan pandemik COVID-19
Selepas 50 tahun bergelar anak seni, Hetty Koes Endang bakal adakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang berkonsep makan malam pada 27 Ogos 2022 di Kuala Lumpur