Seni & Sukan 02 May, 2020

Tengok wayang kat rumah! Manap Karaoke di Astro First 7 Mei

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

GARA-GARA COVID-19 filem arahan Mamat Khalid, Manap Karaoke tidak dapat masuk pawagam. Relaks! Jangan risau, peminat Mamat masih boleh menonton karya agung pengarah itu. Pihak Astro Shaw membawa filem komedi yang ditulis oleh M. Halim  itu ke saluran Astro First mulai 7 Mei 2020. : KitaReporters

Filem Manap Karaoke tidak ditayangkan di pawagam tapi disiarkan di rumah menerusi Astro First.


Ini merupakan filem pertama Malaysia yang awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam tapi akhirnya terus ke saluran Astro First secara eksklusif.

Manap Karaoke yang pasti menghiburkan penonton dijayakan oleh Joey Daud, Mona Allen, Pekin dan Ropie Cecupak dengan seleksi lagu popular era 90-an.

Pekin dan Mona Allen, antara pelakon filem Manap Karaoke yang akan disiarkan di Astro First pada 7 Mei ini.


Dalam keadaan sekarang, agak berbaloi juga kalau kita dapat menonton filem di rumah kerana dapat menjimatkan kos membeli tiket untuk satu keluarga.

Jika melanggan Manap Karaoke menerusi Astro First, anda hanya perlu membelanja RM15 untuk tontonan seisi keluarga dalam tempoh 48 jam.

Sebelum ini pihak Astro Shaw turut memberi bonus kepada pelanggan Astro First apabila menyiarkan filem Indonesia, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini di saluran berkenaan selepas tidak dapat disiarkan di pawagam kerana COVID-19.

Sentuhan Mamat Khalid untuk filem komedi selalunya menjadi dan menghiburkan penonton.


Kali terakhir Mamat mengarah filem komedi ialah pada 2016 untuk filem Rock Bro dengan mengaut kutipan sebanyak RM4 juta. 

Filem-filem komedi lain arahan beliau adalah trilogi Rock, Man Laksa. Hantu Mak Limah Balik Kampung dan Zombi Kampung Pisang. - KitaReporter.

 

9
1
1
0
0
You will be interested