Seni & Sukan 01 May, 2020

Video ucapan PM diedit lagi! Tapi kali ini versi sedih pulak

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SEMUA rakyat Malaysia ternanti-nantikan perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sempena Hari Pekerja 2020 pada pagi tadi, Jumaat, 1 Mei 2020  dengan harapan ia akan memberi khabar gembira kepada rakyat jelata. Namun begitu, perkara paling menyedihkan adalah rakyat tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman. : KitaReporters


"Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri.. maaf tidak dibenarkan.'' Muhyidin Yassin.

Ini sudah pasti satu tamparan hebat bagi rakyat apabila acap kali hari raya akan pulang ke kampung, namun tahun ini ia berbeza.


Namun apa yang mencuri perhatian rakyat adalah satu video yang telah dimuat naik dari Facebook Fariz Muhazir di mana video tersebut beliau mengedit ucapan Perdana Menteri lalu tambah dendangan lagu raya yang menyedihkan, "Dari jauh ku pohon maaf" oleh penyanyi, Allahyarham Sudirman Arshad.

Setakat 10 malam ini Jumaat, 5 April 2020, video tersebut telah ditonton lebih 430,000 kali, dan menerima 10,000 sukaan, hampir 2,000 komen serta dikongsi lebih 28,000 kali. 


Namun, beberapa video telah juga dimuat nnaik oleh netizen berkenaan isu yang sama: "Tak dapat balik raya tahun ini."

Netizen Malaysia bukan sahaja hebat membawang, tapi juga amat kreatif. Terbaiklah rakyat Malaysia.!! - KitaReporters


5
6
4
10
2
You will be interested