Seni & Sukan 26 May, 2021

Berita Terkini| Lelaki peroleh RM15K sebulan hasil jual air ketum! Akhirnya diberkas polis!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

200 bungkus air ketum yang dibungkus ditemukan di sebuah rumah di Teluk Kumbar oleh pasukan polis di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. - Kredit foto: Utusan Malaysia.


POLIS Marin Pulau Pinang menahan seorang lelaki bersama 300 kilogram (kg) daum ketum dan 200 bungkus air ketum di sebuah rumah di Sungai Batu, Teluk Kumbar, pada 25 Mei 2021.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, lelaki tempatan berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 7 malam, Selasa 25 Mei 2021 itu.

"Sepasukan polis yang sedang menjalankan Op Benteng Covid telah memeriksa sebuah rumah di Teluk Kumbar yang didiami seorang lelaki. Ketika memperkenalkan diri, lelaki berkenaan mengaku sebagai pemilik rumah tersebut.

"Setelah pemeriksaan dijalankan di dalam rumah, kita menjumpai satu bungkusan hitam yang mengandungi kira-kira 300kg daun ketum dan 200 bungkus air ketum serta beberapa peralatan memproses dan memasak daun ketum," katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Rabu, 26 Mei 2021.

Dalam pemeriksaan itu, polis turut menyita sebuah lori dipercayai digunakan suspek untuk menghantar bekalan air ketum ke seluruh Pulau Pinang.

"Kesemua nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM55,000 itu dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut. 

"Suspek memperoleh bekalan daun ketum dari Jeniang, Kedah dan menjual air ketum dengan harga RM5 sebungkus. Dia mampu memperoleh hasil jualan mencecah RM15,000 sebulan dengan penjualan barang terlarang itu," katanya.

Rosman berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek telah mula aktif dalam memproses dan membekalkan air ketum ke sekitar Pulau Pinang sejak awal tahun 2021 ini.

Suspek yang berusia 34 tahun itu  direman empat hari bermula Rabu, 26 Mei hingga Sabtu, 29 Mei 2021 untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SEORANG lelaki yang menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di Teluk Kumbar, Pulau Pinang sebagai lokasi memproses air ketum.  Ihsan Polis Marin

0
0
0
0
0
You will be interested