Seni & Sukan 26 May, 2022

Video| Lawaklah! Kena scam dengan suami sendiri! Teruja nak beli kereta Kancil! Mahu jual RM800!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Kereta Kancil menjadi rebutan ramai orang bagi menjadikan kereta yang senang dibawa ke mana-mana sahaja. Tetapi pengeluarannya, Perodua sudah lama ditamatkan sehingga jika ada sesiapa yang ingin menjualnya menjadi rebutan semua.

Jika mereka yang berminat mereka perlu membeli kereta Kancil terpakai yang dijual oleh mereka yang masih memilikinya dengan harga RM3,000 sehingga RM10,000.


Lagi




Seorang wanita kelihatan sangat teruja apabila melihat kereta Kancil yang dijual dengan harga RM800 yang dikongsikan oleh suaminya sehingga tular dalam Tiktok.

Daripada perkongsian video, wanita ini memaparkan mesej antara beliau dan suaminya berkongsikan gambar kereta Kancil tersebut.

Dikatakan pemiliknya ingin menjual kereta Kancil itu dengan harga RM800 sahaja. Oleh sebab itu, wanita ini berasa sangat teruja kerana harganya yang sangat murah dan memang tidak masuk akal.



Namun beliau juga meminta suaminya untuk bertanyakan kepada pemilik sama ada kereta itu masih elok ataupun tidak. 

Apa yang melucukan apabila si suami sengaja mengacau si isteri dan menunjukkan keseluruhan kereta kancil yang telah kemek pada bahagian kiri

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat terhibur kerana suaminya yang mengacau si isteri. Siapa suami dia suka menyakat isteri macam ini? - KitaReporters



10
16
0
9
0
You will be interested