Seni & Sukan 26 May, 2022

Video| Kahwin muda! Keluarga nikahkan lelaki, 15, dan perempuan, 16! Elak zina! Tetap ke sekolah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Pernikahan pada usia muda remaja ini menjadi kecoh dalam media sosial di Indonesia. - Kredit foto: Dari IG @wajoinformasi



MEDIA sosial di Indonesia kembali menjadi heboh dengan berita perkahwinan dua pelajar sekolah bawah umur. Kejadian itu dikatakan berlaku di Sengkang, Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan.

Menurut Instagram @wajoinforma, pada Selasa, 24 Mei 2022, perkahwinan itu berlangsung antara MF,15, dan NS, 16, pada Ahad, 22 Mei 2022 lalu.

Duduk berjiran, takut berzina lalu keluarga kahwinkan. - Kredit foto: Dari IG wajoinformasi


Menurut, perkahwinan itu diatur oleh keluarga kedua-dua belah pihak dengan alasan bagi mengelak zina. Kedua-dua berjiran dan punya hubungan keluarga. Kedua-dua mereka juga rapat berkawan

Kerana masih bawah umur, perkahwinan tidak dapat dijalan mengikut secara undang-undang negara.

Sebagai altrnatif, perkahwinan dilakukan secara siri iaitu perkahwinan mengikut perjanjian keluarga. Bahkan kedua-dua keluarga bergabung mengadakan majlis perkahwinan secara meriah.

Pasangan pengantin bergambar dengan anggota keluarga. - Kredit foto: IG wajoinformasi

Dalam video yang juga dimuat naik  oleh akaun itu, bakal pengantin lelaki terlihat mendatangi bakal isteri dengan memakai baju pengantin berwarna hijau.

Bahkan terlihat hadirin yang hadir juga agak ramai. Difahamkan pihak keluarga bersetuju pasangan pengantin meneruskan persekolahan menengah mereka.

Perkahwinan awal remaja ini akan menjadi tumpuan ramai terutama pihak media. Kebanyakan ingin melihat sejau mana perkahwinan ini dapat bertahan. - KitaReporters


14
13
0
11
0
You will be interested