Seni & Sukan 21 Feb, 2022

Video| Angkara saling cemburu buta! Suami isteri sepakat robohkan rumah dibina selepas bercerai!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEPASANG suami isteri sepakat merobohkan rumah mereka di Ponorogo, Jawa Timur pada 16 Februari 2022  selepas mereka bercerai akibat cemburu buta. - Kredit foto: Modiunpos.com


SEPASANG suami isteri di Ponorogo, Jawa Timur mengambil kata sepakat untuk merobohkan rumah kediaman seluas 6 meter dengan 12 meter setelah mereka bergaduh akibat cinta ketika kasih dan sayang semakin pudar serta sikap cemburu buta dalam kalangan suami isteri itu masih membara pada kehidupan mereka.

Tindakan yang diambil oleh pasangan suami isteri terbabit yang tinggal di Desa Karanglo Lor, Kecamatan Sukorejo kerana mereka tidak bersefahaman lagi selain wujud perasaan saling cemburu antara mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perasaan cemburu

NUR Ruhani sedang meroboh bilik rumahnya di Desa Karanglo Lor, Kecamatan Sukorejo, Ponorogo. - Kredit foto: Grid.ID


Suami, Nur Rohani, 40, sentiasa menaruh curiga terhadap isterinya, Sunarti, 39, yang dituduh sering melakukan perselingkuhan dengan lelaki lain.

Demikian juga Sunarti yang bekerja sebagai Tenaga Kerja Wanita Indonesia (TKWI) di negara Taiwan turut menuduh suaminya mempunyai wanita lain semasa ketiadaannya di rumah.  

Dalam hal ini, pasangan suami isteri berkenaan sudah tidak mempercayai antara satu sama lain menyebabkan mereka sering bertengkar walaupun masing-masing mengaku tidak mempunyai pasangan selingkuh antara mereka. 


Kredit foto: DetikJatim



Akibatnya masalah pasangan suami isteri itu berlarutan sehingga kes mereka dirujuk ke Kantor Urusan Agama (KUA) Ponorogo sebanyak lima kali tetapi tiada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka hidup seperti dahulu, sebaliknya mereka nekad mahu bercerai dan meroboh rumah tersebut.

Memetik laporan Detik.com pada 17 Februari 2022 lalu, pasangan suami isteri itu telah berkahwin sejak sembilan tahun lalu dan memperolehi seorang anak.

Mereka dikatakan sudah sepakat untuk berpisah sebagai jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik rumah tangga akibat mereka sering tidak mempercayai antara satu sama lain selain mereka juga tidak dapat lagi hidup sebumbung lagi akibat tuduhan wujud orang ketiga.


SEBUAH ekskavator sedang meroboh rumah pasangan suami isteri terbabit. - Kredit foto: Detik.com


Kredit foto : DetikJatim


Mereka juga bersetuju untuk meroboh rumah yang dibina di atas tanah orang tua Nur Rohani dan kos rumah berkenaan didirikan sebahagian besar wangnya daripada Sunarti yang bekerja TKWI itu.

Apabila mereka bersetuju meroboh rumah yang siap dibina pada awal 2021 dan mereka pernah mendiaminya selama lapan bulan itu kelihatan beberapa pekerja mengangkut atap, kuda-kuda, tingkap dan pintu untuk dibawa dengan sebuah lori ke kampung Sunarti iaitu Desa Ploso, Jenar, Kecamatan Kauman pada 16 Februari 2022.

Rumah berkenaan diroboh dengan ekskavator dalam masa dua hari yang turut disaksikan oleh warga setempat


Kredit foto : DetikJatim


Sementara itu, Ketua Kampung Karanglo Lor, Samuri berkata, perceraian pasangan suami isteri terbabit bukan disebabkan masalah selingkuh sebaliknya mereka mempunyai perasaan cemburu atau syak wasangka yang bukan-bukan terhadap sama ada  isterinya ataupun suaminya itu.

“Dalam hal ini, suaminya (Nur Rohani) itu selalu menuduh isterinya ada lelaki lain semasa bekerja di Taiwan, manakala isterinya (Sunarti) pula menuduh suaminya ada wanita lain di daerah ini tetapi kesimpulannya mereka sudah tidak secocok lagi.

“Saya selaku pemimpin masyarakat kampung sudah pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka tetapi buntu tidak berhasil kerana mereka berdua sudah nekad untuk bercerai sehingga mereka sanggup meroboh rumah mereka,” katanya.

Samuri berkata, rumah tersebut mula diroboh selepas suaminya menjatuhkan talak kepada Sunarti. - KitaRerporters 


SEBUAH lori diguna untuk membawa peralatan rumah yang diroboh untuk dihantar ke kampung Sunarti. - Kredit foto : VIVA


15
22
1
8
0
You will be interested