Seni & Sukan 22 Sep, 2020

Astaka Luciano Figueroa! Iktiraf jasa bekas penyerang JDT!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

APA lagi pepatah yang tepat untuk mengungkapkan hubungan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Luciano Figueroa? Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Orang berbudi kita berbahasa, TMJ memberi, Figueroa merasa! : KitaReporters

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (depan, tengah) bergambar bersama barisan pemain dan pegawai JDT di hadapan Astaka Luciano Figueroa di Stadium Sultan Iskandar. - Kredit foto FB JDT.


 TMJ (Tunku Mahkota Johor), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini, Selasa 22 September 2020 merasmikan penamaan ‘Astaka Luciano Figueroa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor - satu penghormatan besar buat pengurus pasukan JDT itu.  

Majlis penamaan satu kawasan tempat duduk penonton itu turut dihadiri Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas, lapor laman sosial Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini, Selasa 22 September, 2020.

TMJ menyambut ketibaan Manuel Balaguer Salas (depan, tiga dari kiri) ke Stadium Sultan Ibrahim. - Kredit foto FB JDT. 


"Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab," kata Tunku Ismail yang juga pemilik JDT, pendahulu kedudukan mata terkini Liga Super 2020.

Figueroa, 39, mula menyertai JDT pada 2014 dan kekal selama dua musim sebagai pemain sambil menyumbat 43 gol dan 14 umpanan dalam 71 perlawanan

Bersama Sang Harimau Selatan, dia memenangi dua kejuaraan Liga Super Malaysia 2014 dan gelaran berganda 2015, Piala Sumbangsih dan Piala AFC.

Menepati slogan JDT, ‘Luaskan Kuasamu Johor’, Figueroa kemudian melebarkan koleksinya dengan Piala Sumbangsih 2019 dan 2020, Liga Super dan Piala Malaysia 2019 sebagai pengurus pasukan sejak dilantik pada Ogos 2018.

Bekas penyerang kebangsaan Argentina juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004 ini selain mengumpul 15 penampilan dan sembilan gol bersama La Albiceleste. 

TMJ (kiri) bersama Luciano Figueroa memotong reben perasmian penamaan Astaka Luciano Figueroa. - Kredit foto FB JDT.

0
0
0
0
0
You will be interested