Seni & Sukan 17 Jan, 2022

Video| Dituduh tinggalkan ibu sendirian! Normala Samsudin sedih disindir! Itu semua pilihan ibu!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


BEKAS personaliti TV3, Datin Seri Normala Samsudin meluahkan rasa sedih dan kecewanya dalam Instagram apabila dituduh meninggalkan ibunya bersendirian di kampung.

Sekiranya anda mengikuti perkembangan Normala dalam Instagram, pasti tahu ibunya tinggal di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat, Johor. 

Malah pada Disember 2021 baru-baru ini ketika musim banjir melanda Segamat, rumah ibunya turut menjadi mangsa dan setelah air surut, Normala pulang ke kampung membantu membersihkan kediaman berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Normala Samsudin


Sebagai figura umum walaupun sudah tidak aktif dalam bidang pengacaraan mahupun lakonan, Normala tidak lokek berkongsi paparan hidup sehariannya dalam media sosial walaupun tahu pasti akan ada perkara negatif bakal mendatang.

Dalam hantaran terbaharu Normala dalam Instagramnya meluahkan rasa sedih dan kecewanya apabila segelintir netizen mengecamnya. 



Walaupun tidak berkongsi secara terperinci perihal kecaman itu, tetapi dapat dijangka ia berkaitan diri dan ibunya.

“Hati saya tersentuh, tidak tidur malam kerana ada komen tajam daripada netizen. Ramai komen neutral, namun hanya tiga hingga empat orang yang komen tajam, sinikal dan dangkal.

“Saya akan sentiasa bersangka baik walaupun sakit. Saya jawab di sini demi memuaskan hati saya yang runsing dengan andaian dan buruk sangka itu.

Pertama, jika hantaran saya mengenai ibu dan keluarga saya ada tanda-tanda riak dan menunjuk-nunjuk saya mohon jangan ikut contoh itu, moga Allah ampuni saya. Saya tidak berniat begitu, malah dengan harapan contoh yang baik dijadikan teladan. 


Normala meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kecaman segelintir netizen.


 "Kedua, saya tidak pernah tinggalkan ibu di kampung dan saya duduk di bandar, kerana itu kampung keturunan mak dan nenek moyang saya.

Pilihan emak untuk hidup bahagia di kampung. Pilihan emak juga kita kena hormati kerana dia selesa dengan ayam itik dan segala ternakannya, dia bahagia sunyi di kampung beramal ibadah.

"Emak saya benci bandar apatah lagi sibuk kota hiruk-pikuk. Jadi, soal saya tidak peduli emak saya itu fitnah! Sedih dan pahit sekali salah satu tuduhan netizen ini. 

"Ketiga, saya tak perlu raih kejar ‘likes’ atau ‘followers’ sebab saya sedar diri, saya bukan berniaga, bukan influencer, bukan selebriti lagi, saya tak perlu semua itu. Ini adalah diari saya, untuk mereka yang kenal saya, mereka yang faham erti silaturahim dan pengetahuan tentang sahabat yang baik dan bersangka baik.

" Keempat, saya tidak mahu pujian atau apa bentuk simpati, kerana pujian adalah untuk Yang Maha Pencipta, kerana hanya Dia berhak menerima pujian.

“Segala kejelekan yang rasa sakit di mata tentang hantaran saya, saya mohon maaf, mungkin satu hari nanti saya akan undur diri dari dunia maya ini, hanya saya dan mereka yang baik-baik saja memahami. Allah jua tempat saya berlindung dan berserah,” luahnya.


Antara rakan-rakan selebriti yang memberi sokongan moral.


Sementara itu, ada dalam kalangan artis dan selebriti menyokong dan turut bersimpati dengan situasi yang dilalui oleh Normala seperti Fedtri Yahya, Sharifah Shahira dan Adam Hamid. 

Kalau ikutkan netizen semua benda tak betul, hanya mereka sahaja yang betul!

Majoriti ibu bapa memang suka tinggal di kampung kerana di situlah segala-galanya bagi mereka dan pastinya ramai dalam kalangan kita juga apabila sudah mencecah umur warga emas juga mahu tinggal di kampung berbanding bandar. - KitaReporters


15
14
0
10
0
You will be interested