PENYANYI Sharifah Zarina Wan Hasan, 41, yang popular dengan lagu ‘Langit Ke Tujuh’ kehilangan ayahnya, Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani, 69, di Kuching, Sarawak pada Khamis, 28 April 2022.
Cara kepergian Wan Hasan dicemburui umat Islam kerana pergi dengan tenang dalam masjid, hendak solat, pada malam Jumaat iaitu malam lailatulqadar, 27 Ramadan.
Allahyarham rebah ketika melakukan solat sunat sebelum solat Isyak di Masjid Ar-Rahman, Kuching Family Park, Petra Jaya di Kuching, Sarawak.
Sharifah Zarina mengumumkan kematian ayahnya melalui laman Instagramnya.
Beberapa insan seni turut mengucapkan takziah. Antara ucapan takziah yang menyentuh rasa datang daripada Datuk Aznil Nawawi.
"Raya ni dia minta saya belikan baju 'pagoda' sebab nak pakai baju dalam. Saya sudah beli dan sepatutnya balik esok (Jumaat). "Tapi, dia tak tunggu saya. Ayah baru nak angkat takbir, dia terus rebah. Waktu itu nadi ada lagi. Tapi belum sempat ambulans sampai ayah sudah meninggal.
Menurut Sharifah Zarina, kali terakhir dia berjumpa bapanya pada Februari 2022 lalu dan mesej mengenai lailatulqadar adalah perbualan terakhir mereka yang dihantar oleh bapanya dalam kumpulan (Grup) WhatsApp, pada petang Khamis.
"Pada Februari (2022) lalu saya ada balik kampung. Tak sangka itu pertemuan terakhir kami.
"Petang semalam dia berkongsi mengenai lailatulqadar dalam Grup WhatsApp. Kawan-kawan ayah cakap dia juga hantar di banyak grup mesej dan secara peribadi.
Jenazah Wan Hasan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat Jumaat bersebelahan dengan kubur bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. - KitaReporters