Seni & Sukan 17 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Terima kasih Wanita UMNO Labis! Mahu agih 1k kotak makanan di Parlimen Labis!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Kakitangan Pusat Khidmat DUN Tenang sedang memunggah kotak makan untuk diserahkan kepada penerima di Parlimen Labis yang sudah dikenal pasti.



BUAT kali kelima berturut-turut sejak tahun 2018, Wanita UMNO Bahagian Labis tidak pernah gagal menyantuni golongan memerlukan dengan menghulurkan sumbangan berupa kotak makanan asas kepada golongan yang memerlukan di Parlimen Labis.

Ketuanya, Haslinda Salleh yang juga ADUN Tenang berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, pihaknya menyediakan sejumlah seribu kotak makanan kering seperti beras, gula pasir, tepung, minyak masak serta barangan lain untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan sebagai memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti sumbangan makanan

Ketua Wanita UMNO Labis yang juga ADUN Tenang, Haslinda Salleh (kiri) memantau kerja-kerja pengagihan kotak makanan kepada pemimpin setempat di Parlimen Labis sebelum diserahkan kepada penerima.


"Berbeza dengan tahun sebelumnya, pengagihan kotak makanan tersebut pada tahun ini turut mendapat kerjasama baik pihak Pusat Khidmat DUN Tenang serta pemimpin setempat berbanding sebelum ini yang digerakkan sepenuhnya oleh jawatankuasa wanita UMNO Bahagian Labis.

"Kerjasama serta penglibatan pemimpin setempat seperti ketua kampung dan jawatankuasanya sedikit sebanyak membantu melancarkan kerja-kerja  pengagihan terutama dalam usaha mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menerima sumbangan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Tenang di Labis, Johor.


Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Labis menyemak nama penerima sebelum kotak makanan diagihkan kepada pemimpin setempat sebagai wakil penerima.

Menurutnya, peranan pemimpin setempat amat penting bagi memastikan matlamat pengagihan sumbangan tersebut mencapai matlamat dan sampai kepada golongan sasar memandang mereka merupakan entiti yang lebih mengenali dan memahami keperluan penduduk di kawasan mereka.

Katanya, jumlah seribu kotak makanan yang disediakan pada tahun 2022 ini mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan gologan yang terjejas di seluruh Parlimen Labis memandangkan jumlah mereka  pastinya bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan negara baharu sahaja dilanda pandemik Covid-19.

Namun dengan kerjasama pemimpin masyarakat pada peringkat akar umbi pihaknya berjaya mengenal pasti dan memastikan hanya mereka yang benar-benar terjejas dan memerlukan diberi keutamaan untuk menerima sumbangan ini.


Sebahagian Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Labis yang menjadi tulang belakang program pengagihan kotak makanan kepada golongan yang memerlukan di Parlimen Labis.

Menurutnya, sumbangan tersebut mungkin tidak seberapa, namun diharap mampu membantu meringankan beban penerima terutama dalam persiapan menyambut kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.

"Dengan adanya sumbangan kotak makanan asas ini, penerima mungkin boleh menggunakan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk membeli barang makanan asas tersebut untuk kegunaan lain dalam menyediakan keperluan keluarga menyambut hari raya nanti.

"Saya harap pada masa akan datang kami mampu untuk meneruskan program pemberian sumbangan seperti ini dalam jumlah yang lebih banyak bagi memastikan lebih ramai golongan terjejas menerima manfaat daripada penganjuran program ini." katanya. - KitaReporters


Kerja-kerja memunggah kotak makanan untuk diagihkan kepada penerima yang telah dikenakl pasti di Pusat ADUN Tenang.

20
10
0
14
0
You will be interested