Seni & Sukan 30 Mar, 2022

Untunglah! Penduduk PPR Desa Rejang! Islamic Relief Malaysia bantu B40 dalami ilmu keusahawanan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Salah seorang peserta program kehidupan mampan sedang berkongsi pengenalan latar belakang diri, perniagaan yang dijalankan dan matlamat dalam menyertai program ini. 


Seramai 25 orang penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Taman Setapak jaya, Kuala Lumpur daripada kategori golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) telah telah mengikuti sesi latihan dan konsultasi bersama pihak konsultan berpengalaman dan profesional menerusi program bantuan di bawah sektor kehidupan mampan

Kriteria pemilihan peserta dibuat dengan memfokuskan aspek perniagaan, pendapatan dan lain-lain. 

Objektif program ini dijalankan bagi membantu menambah baik ekonomi dan sosial keluarga peserta serta kualiti hidup mereka dengan memberi tumpuan kepada bantuan kehidupan mampan atau penjanaan pendapatan dan sokongan sosial. 


Lagi cerita


Sesi latihan dan konsultasi dikendalikan oleh konsultan berpengalaman dan profesional. 


“Bantuan kehidupan mampan seperti ini selari dengan visi Islamic Relief Malaysia untuk mengupayakan komuniti serta sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) yang mahu memastikan tiada lapisan masyarakat merasa terpinggir. 

“Kami berharap dengan adanya program sokongan seperti ini dapat menjadi batu loncatan kepada para peserta untuk meningkatkan taraf hidup juga memperkasa kemahiran keusahawanan mereka menerusi bimbingan konsultan terlatih,” kata Fa’azurah Kadir, Pengurus Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia

Kebanyakan peserta yang terlibat dalam program ini menjalankan perniagaan seperti makanan, jahitan dan menjadi ejen atau dropship. 

Antara bantuan yang diberikan kepada mereka pula ialah alatan perniagaan, modal, latihan pengurusan perniagaan, ilmu pemasaran, menambah baik kemahiran, latihan asas pengurusan keluarga dan bantuan keperluan asas selama enam bulan

“Saya sangat bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang peserta program ini. Saya harap ilmu yang saya pelajari sepanjang mengikuti program ini akan membantu saya menambahbaik kadar jualan produk dan pendapatan perniagaan saya. 

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh dua kali mengikuti sesi latihan dan konsultasi dalam program ini, saya dapat mempelajari cara untuk menjadi usahawan hebat, asas pengurusan, perundangan perniagaan dan ‘Business Model Canvas’ (BMC),” kata Siti Saiedah Saidri. - KitaReporters 

Para peserta turut dibekalkan dengan nota rujukan ketika mengikuti sesi latihan 'Business Model Canvas' (BMC).

11
12
0
24
0
You will be interested