Sebuah powerbank (bank bateri) yang menjadi terlalu panas sehingga sebabkan kebakaran menjadi punca sebuah bilik di banglo milik usahawan kosmetik. Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, dan isteri di Kota Damansara, Selangor hampir terbakar teruk pada malam Rabu, 23 Mac 2022.
Peristiwa yang dialami di banglo mewah milik Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid harus dijadikan pedomaan semua akan bahayanya mengecaj powerbank terlebih had sehingga terlampau panas.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kebakaran
Powerbank itu yang dicaj oleh seorang pekerja bernama Idris menjadi terlampau panas ketika diletakkan di atas cadar lalu menyebabkan tercetus kebakaran.
Perkara itu dinyatakan oleh isteri Aliff Syukri, Nur Shahida dalam instagramnya. Dia menafikan kebakaran itu sebagai gimik bagi menarik jumlah netizen.
Baginya peristiwa itu menjadi satu pengalaman yang mengerikan dalam kehidupannya sekeluarga. Shahida menafikan kebakaran di rumahnya itu adalah gimik bagi menaikkan jumlah follower.
Baginya situasi itu benar-benar membuat seisi rumah panik. Dan yang paling panik ialah suaminya yang tidak sempat basuh berak terus keluar dari bilik air.
Aliff baru terfikir menelefon bomba setelah api dalam rumah berjaya dipadam oleh pekerja.
Katanya, mereka dalam rumah panik sehingga lupa menggunakan sejumlah alat pemadam api dalam rumah, sebaliknya mencari air untuk memadamkan kebakaran.
"Rumah saya terbakar... Ya Allah syukur la nasib perasan sbb ada bau asap..... rupanya2 punca dia dari power bank... korang hati2 ya kadang2 kita tak sangka benda kecil pun jadi punca.. jgn pula kata saya gimik nak bakar rumah buat content..... 🤣🤣🤣.
"🤣👎🏻"Bilik staff saya Idris yg terbakar... lepas ni power bank kalau tgh panas2 lepas charged jgn letak atas katil gaiss...
"Alhamdulillah kami semua selamat..... yg paling kecoh @aliffsyukriterlajaklaris..... api dah padam baru dia nak call bomba 😬."
"Pemadam api ada tapi bila dah panik kita pun lupa rumah kita ada…ingat air je dlm kepala.....," itulah tulis isteri usahawan kosmetik, Aliff Syukri iaitu Nur Shahida yang menafikan kebakaran di rumahnya itu adalah gimik.
Bagaimanapun, ibu kepada lima orang ini meluahkan rasa syukur kerana kebakaran tersebut berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Tambahnya, dia berharap agar semua pihak tidak membuat andaian melulu dengan menyifatkan insiden tersebut sebagai konten semata-mata.
Video yang memaparkan detik mencemaskan yang turut mengejutkan seluruh penghuni rumah itu turut dikongsi oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat dalam ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut menasihati Shahida untuk memasang alat pemadam api di setiap bilik di rumahnya. - KitaReporters