Gaya Hidup 08 Jun, 2021

Bantuan segera one-off RM500! Untuk petani, penternak, nelayan Terengganu dijangkiti COVID-19

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Dr Azman Ibrahim (kiri) meninjau aktiviti pertanian di Kawasan IADP Ketara Besut. - Kredit foto: Facebook Dr Azman


GOLONGAN petani, nelayan dan penternak  di Negeri Terengganu yang terjejas dengan pandemik COVID-19 terutama mereka yang dijangkiti wabak berkenaan bakal menerima bantuan “one-off” (sekali beri) daripada kerajaan.

Bantuan sebanyak RM500 kepada golongan berkenaan yang terkesan dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan akan disalurkan dengan kadar segera.


Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Azman Ibrahim

Dr Azman Ibrahim


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya sudah meminta jabatan dan agensi berkaitan mengumpul data lengkap dari setiap daerah dalam usaha memastikan tiada yang tercicir atau terpinggir.

Katanya, data terkini menunjukkan seramai 60 orang telah disahkan positif COVID-19 sejak wabak tersebut melanda negara pada awal 2020.  

Beliau berkata, pihaknya mengambil serius perkara tersebut kerana sebahagian besar rakyat Terengganu berkecimpung dalam industri terbabit. 


Dr Azman meninjau perkampungan nelayan di daerah Kemaman


“Kesemua mereka bergantung nasib sepenuhnya kepada rezeki daripada hasil pertanian untuk menyara hidup. Apabila disahkan positif COVID-19, mereka melalui tempoh rawatan dan kuarantin, ini telah menjejaskan kehidupan serta pendapatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Beliau berkata golongan berkenaan bukanlah besar, namun ia cukup menggambarkan keprihatinan pentadbiran negeri kepada mereka yang telah menyumbang tenaga membekalkan sumber makanan negeri, seterusnya menghadirkan sedikit khabar gembira kepada golongan terbabit.


Dr Azman bersama jentera pembajak ketika menemui petani


Sebelum ini kerajaan negeri turut memberikan bantuan sebanyak RM300,000 kepada 500 pengusaha tanaman cili yang terjejas akibat 'total lockdown' atau sekatan penuh pergerakan (SPP)

Dr Azman, langkah itu diambil selepas kelompok terbabit antara yang sangat terkesan akibat kejatuhan mendadak harga lada di pasaran.

Dr Azman berharap agar bantuan itu dapat memberikan suntikan motivasi kepada warga tani untuk terus berbakti seterusnya menyemarakkan lagi kejayaan Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021. - KitaReporters


Dr Azman (tengah) bersama pegawai Jabatan Pertanian ketika melawat Empanjan Paya Peda,Hulu Besut yang menjadi pembekal air terbesar kepada pesawah di daerah Besut dan Setiu

1
1
0
1
0
You will be interested

Semut Api| Harimau Malaya hilang kuku, patah taring! Salah pemain naturalisasi, import atau FAM?

Semut Api muncul untuk gigit personaliti dan peminat sukan terutama mengenai isu-isu yang sedang diperkatakan. Gigitan Semut Api sekadar rasa gatal sikit-sikit

Pencuri berhati mulia! Mengaku terdesak, mohon maaf! Pulangkan semula sebahagian barang dicuri!

Indris Ulfi Vianto tak sangka barangannya seperti komputer riba, kamera digital dan telefon bimbit pulang semula ke pangkuannya oleh si pencuri yang baik hati
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 1 day ago

Hobin Jang Hobin kena Covid-19! Negeri Sembilan tarik diri Piala Malaysia! Kalah 3-0 baki 4 aksi

Negeri Sembilan FC (NSFC) umum tarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2021 selepas 20 pemain, 4 pegawai disahkan dijangkiti Covid-19, jalani kuarantin wajib
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Peluang Kedua peluang kejayaan bagi Nabila Razali! Anugerah 2x Platinum! Jualan RM400k!

Lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya raih Anugerah 2x Platinum iaitu hasil lebihi RM400,000 dalam semua platform penstriman (streaming) dan YouTube
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Siap siaga hadapi tengkujuh semasa COVID-19! 680 petugas JKNT sedia! SOP PPS juga disediakan!

Seramai 680 petugas JKNT sedia bantu mangsa-mangsa banjir di PPS sebagai persiapan bagi hadapi kemungkinan berlaku banjir ketika dalam situasi pandemik COVID-19
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago