Seni & Sukan 13 Oct, 2020

Ustaz moden! Belajar ilmu asas elektronik, kendali robotik!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

SEPULUH ustaz dari Malaysia yang belajar di Pondok Moden Gontor Darussalam di Jawa Timur, Indonesia meneruskan praktikal mereka di Pondok Moden Darussalam Changlun (PMDC) di Changlun, Kedah kerana gagal menyambung pengajian mereka di Indonesia akibat koronavirus COVID-19 yang melanda republik itu. : KitaReporters

Eksekutif Perhubungan Awam PMDC, Kedah Nur Azwaadiey Rosli


Lagi cerita-cerita dari Kedah:

https://kitareporters.com/search?search=kedah


Eksekutif Perhubungan Awam PMDC Kedah, Nur Azwaadiey Rosli berkata, kesemua 10 pelajar terlibat diterima untuk menjalani latihan praktikal di pondok itu selama setahun bagi memenuhi syarat pengajian mereka.

Katanya, mereka yang belajar di Gontor selama lima hingga enam tahun itu sepatutnya menjalani latihan praktikal atau dengan istilah lain pengabdian sebelum keluar mengajar di mana-mana pondok.

"Kami puji semangat ustaz muda ini kerana bukan sahaja mereka meneruskan latihan mereka di sini malah menambah ilmu dengan mempelajari ilmu robotik dan teknologi maklumat sebagai tambahan bagi mengisi masa di pondok ini dengan bantuan daripada pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Raja Abdullah Raja Ahmad," ujarnya ketika ditemui.

Ustaz dari PMDC menghadiri kelas robotik dan teknologi maklumat.



Sementara itu, Raja Abdullah memberitahu, melalui kelas tambahan ini, ustaz-ustaz mempelajari asas elektronik dan cara mengendalikan robot.

"Tujuan saya bukan semata-mata untuk membantu mereka mempelajari ilmu robotik ini tetapi ingin membuktikan bahawa pelajar pondok juga boleh menguasai semua bidang termasuk teknologi maklumat," katanya lagi.

Pensyarah UniMAP Raja Abdullah Raja Ahmad.


Dalam pada itu, Mohamad Haikal Hakim Mohd Shahrom, 21, anak kelahiran Taiping, Perak yang ditemui berkata, walaupun mereka tidak dapat meneruskan pengajian dan latihan di Gontor, Indonesia akibat COVID-19 yang melanda dunia tetapi masih bersyukur kerana dapat menabur bakti kepada anak bangsa di tanah air sendiri.

‘Di Gontor, Indonesia kami mempelajari ilmu berkaitan keagamaan sepenuhnya sehingga berupaya menjadi ustaz  termasuk ilmu-ilmu lain,’ sambung anak bongsu dari tujuh beradik yang bercita-cita untuk menjadi mutawif kepada ibu bapanya sendiri ketika mengerjakan ibadah umrah dan haji nanti.

Mohamad Haikal menambah ketika berada di Gontor, mereka turut diberi kebebasan termasuk menyertai aktiviti selain dari keagamaan antaranya menyanyi dan bersukan.


Mohamad Haikal Hakim Mohd Shahrom, 21.


Manakala Muhammad Naqeeb Haikal Mohd Nasir, 20, yang berasal dari Hulu Langat, Selangor berkata, peribahasa Melayu hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri pastinya negeri sendiri lebih baik lagi.

‘Walaupun pada awalnya selepas lima tahun menuntut di sana kami perlu menjalani latihan di pondok terpilih di Indonesia tetapi memandangkan gejala COVID-19 ini maka kami tidak dibenarkan ke Indonesia seterusnya menjalani latihan di Changlun," ujar anak sulung daripada tiga beradik ini.

Muhammad Naqeeb berkata, selain daripada mengajar mereka juga berpeluang mempelajari teknologi maklumat dan robotik yang dikendalikan oleh pensyarah dari UniMAP.

Katanya, ilmu robotik yang dipelajari ini bukan sahaja tambahan kepada mereka tetapi amat berguna dalam dunia komputeran masa kini.


Muhammad Naqeeb Haikal Mohd Nasir, 20.


Moga ilmu yang dicurahkan kepada pelajar di PMDC ini memberi manafaat kepada semua.

PMDC ialah sebuah Pondok Alumni Gontor yang melaksanakan sistem pendidikan berlandaskan Kuliyyatul Muallimin Al-Islamiyyah (KMI) Gontor yang berlandaskan Keilmuan Islam dan Pembangunan Sahsiah bagi melahirkan individu Muslim berdaya kepimpinan, berakhlak mulia, berpengetahuan luas, dan memberi khidmat pada umat. - KitaReporters

Ustaz yang menghadiri kelas robotik menjalankan latihan.

11
2
0
0
0
You will be interested