JIKA sebelum ini, beg tangan merupakan ‘rakan karib’ wanita, dan digayakan dengan pelbagai jenis dan bentuk, namun kini penggunaan itu tidak lagi terhad kepada kaum Hawa sahaja kerana sudah ada golongan lelaki juga yang menggayakan penggunaan beg tangan berkenaan. Biar betik!!! : KitaReporters
Kredit foto: https://www.instagram.com/waelabul/
Legi cerita-cerita berkaitan beg:
https://kitareporters.com/search?search=beg
Terbaharu, tular dalam media sosial apabila seorang doktor gigi dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tampil bergaya dengan tas tangan mewah jenama Hermes berwarna perak.
Lebih mengujakan gaya mewah itu dipadan pula ketika menggayakan jubah putih bersama serban semasa melangkah masuk ke kenderaan mewah Aston Martin miliknya.
Wow! Hebatnya bukan calang-calang orang ni!
Rupanya lelaki berjubah dan serban itu yang memuat naik gambarnya dalam instagram miliknya, @waelabul itu juga adalah seorang pakar kecantikan terkenal di Dubai.
Patutlah bergaya sakan!
Menariknya penampilan kali ini, beg Hermes yang dibawa itu merupakan beg paling mahal di dunia dan bukan calang-calang orang yang mampu bergaya dengan jenama berkenaan. Pada 2017, beg Hermes Himalayan Birkin dilelong dengan harga AS$ 380,000 (RM1.6 Juta).
Mak oiii... beg tangan harga RM1.6 juta!!!!
@waelabul : “How do you show up to work?” - Kredit foto IG @waelabul
Penampilan mewah dengan beg Hermes itu bukanlah penampilan pertama di khalayak ramai. Malah, sebelum ini Wael sering menggayakan koleksi mewah dengan pelbagai jenama terkenal dunia.
Inilah nikmat dunia namanya!
Doktor gigi stailo yang memiliki lebih daripada 33,000 pengikut Instagram juga kelihatan cukup hebat dalam memadankan pelbagai jenis barang fesyen dengan pelbagai gaya. Dan hasilnya sangat mempersonakan!
Kredit foto: https://www.instagram.com/waelabul/
Menariknya, dari setiap penampilan dalam media sosial, Wael sering melengkapkan penampilannya dengan pelbagai model beg Hermes. Malah jika dilihat dalam Instagramnya, dia memiliki puluhan koleksi jenama Hermes di rumahnya.
Perkara itu dikongsi menerusi Instagram miliknya yang menampilkan puluhan kotak jenama berkenaan.
Wow!! Tak salah bergaya jika mampu. Tapi bagi kita-kita ni, janganlah membazir ye! : KitaReporters
@waelabul : “Spoiled” the only way #🧡