Seni & Sukan 30 Mar, 2021

Terima kasih AIM! Dengan produk Pinkish Glowing, Shariffah kini jadi usahawan wanita berjaya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Shariffah (empat dari kiri) meraikan kejayaan raka-rakan wakil penjual produk keluaran beliau 


RAMAI wanita yang menceburi bidang perniagaan ingin berjaya dalam bidang keusahawanan sebagai usahanita tetapi sebahagian mereka gagal mencapai hasrat yang dihajatkan kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan halangan yang terpaksa ditempuhi sepanjang usaha yang dilakukan dalan bidang berkenaan. 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah antara platform yang terbaik dalam usaha membantu golongan peniaga kecil menceburi pelbagai bidang perniagaan kerana ia bermula dari kecil-kecilan sehingga menjadi usahawan berjaya.

Selain melatih peserta dalam selok berniaga AIM juga menyediakan modal pusingan untuk diberikan pinjaman kepada ahli dengan kaedah bayaran balik yang mampu dilaksanakan oleh peminjam.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahanita

Shariffah Mohamad


Shariffah Mohamad, 37, dari Jertih, Terengganu adalah salah seorang sahabat (peserta) AIM yang dianggap berjaya melonjakkan diri sebagai usahawan wanita (usahanita) di negeri ini.

Beliau yang menyertai AIM sejak 10 tahun lalu mendapat bimbingan khusus dan memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjalankan perniagaan di pasar malam sekitar daerah Besut.

Suri rumah yang mempunyai tiga anak, Shariffah memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM3,000 hasil wang simpanan sebelum mendapat pinjaman daripada AIM.


Antara pruduk untuk wanita keluaran Shariffah


Dia yang menjalankan perniagaan menjual emas terpakai, aksesori wanita dan sebagai mak andam.

Melihat potensi beliau dalam bidang perniagaan, pihak AIM melantik beliau sebagai Ketua Pusat AIM Seberang Jertih, Terengganu sejak 10 tahun lalu sehingga sekarang.

Minatnya yang mendalam terhadap penjagaan kecantikan kaum sejenisnya, Shariffah mula melangkah setapak dengan menjual pelbagai peroduk kecantikan wanita di pasar malam secara bergerak.


Shariffah memotong kek bersama rakan-rakan meraikan ulang tahun ketiga penubuhan syarikat pengeluaran produk kecantikan wanita


Katanya, selepas menjual produk kecantikan wanita dari pelbagai syarikat, beliau bertekad untuk memberanikan diri dengan mengeluarkan produk sendiri selepas beberapa tahun menimba pengalaman menjual produk keluaran pelbagai syarikat lain.

Selain produk kecantikan berjenama “Pinkish Glowing Skincare”, dia juga mengeluarkan produk coklat kurus, pinkish glow, serum, masker, spray aura Besut, pinkish spray whitening dan pinkish V intimate wash. 

Usahanya turut dibantu oleh rakan peserta AIM, Salma Majid, 46, yang bertindak sebagai Penasihat merangkap kepada Pengarah Pemasaran.

Sharifah berkata, ketika ini produk keluaran beliau selain berada di pasaran dalam negara, ia juga sudah memasuki pasaran antarabangsa termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk memasarkan produk ke seluruh negara dan luar negara kerana sudah mempunyai wakil jualan sendiri,” katanya. - KitaReporters


Shariffah (kanan) bersama penasihatnya, Salma Majid

 

64
9
7
2
1
You will be interested