Gaya Hidup 03 Dec, 2020

Video| Pengambaran M:I 7 disambung! Tom Cruise nyaris maut!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

TOM Cruise, 58, dalam filem Mission: Imposible (M:I) yang diterbit mulai 1996, suka melakukan sebahagian aksi berbahaya sendiri tanpa mengharapkan bantuan stuntman (pelagak ngeri). Bagi siri Mission: Impossible siri ketujuh (M:I 7), nyawa pelakon popular dan produser ini hampir melayang dalam satu kemalangan di Rome, Italy. : KitaReporters


Tom Cruise hampir maut dalam tragedi penggambaran Mission: Impossible ke-7 (M:I 7). - Kredit foto: Daily Mail


Lagi kisah-kisah berkaitan Mission: Impossible:

https://kitareporters.com/search?search=mission%3A+impossible


Ketika pengambaran pada Rabu, 25 November 2020 itu, Tom Cruise yang membawakan watak Ethan Hunt memandu kereta jenis Fiat 500 berwarna kuning dengan Hayley Atwell berada bersama dalam adegan mengejar di bandar Rome.

Kerana kesilapan teknikal, kereta itu terbabas dan melanggar batu-bata di tepi jalan menyebabkan ia nyaris terbalik. 



Tom Cruise berada dalam Fiat 500 bersama Hayley Atwell ketika kejadian. - Kredit foto: Daily Mail



Krew penggambaran bertindak pantas menyelamatkan Tom Cruise yang memandu dan Hayley Atwell daripada kereta itu dan memeriksa keadaan Fiat 500 itu.

Penggambaran M:1 7 yang tergendala beberapa bulan kerana pandemik Covid-19 telah disambung baru-baru ini setelah mendapat keizinan pihak berkuasa di Rome. 


Krew penggambaran memeriksa keadaan kereta Fiat 500 selepas kejadian. - Kredit foto: DailMail


Ketika penggambaran para pelakon dan kru perlu mematuhi protokol kesihatan termasuk memakai pelitup muka. 

Dengan tragedi kemalangan itu, penggambaran  terpaksa  ditunda dengan kereta Fiat 500 itu perlu dibaiki. Begitu juga dengan peralatan pengambaran yang diletak pada kereta itu.

Sementara itu, Tom Cruise ketika melayan para peminat di Rome hanya sekadar melambai tangan dengan mengikut penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. 


Jalan raya yang menjadi lokasi penggambaran terpaksa ditutup. - Kredit foto: DailyMail



Memetik laporan Dailymail pada Jumaat, 27 November 2020, penggambaran M:I 7 hanya tinggal beberapa babak untuk disiapkan.M:I 7 yang belum ditetapkan judulnya.

Tarikh tayangan, kalau ikut jadual asal sebelum pandemik Covid-19 melanda, M:I 7 sepatutnya ditayang pada 19 November 2020. Kini tarikh tayangan di seluruh dunia perlu dikaji semula.

Filem Mission: Imposible lakonan dan terbitan Cruise, mula ditayang pada tahun 1996. 


Penggambaran salah satu babak sedang dijalankan. - Kredit foto: DailyMail


Dan sehingga siri keenam, filem sekuel Mission: Impossible berjaya mengutip AS$3.57 billion atau kira-kira RM14.3 bilion. Manakala, Mission: Impossible adalah antara filem sekual yang sentiasa dinanti.

Tom Cruise walaupun usianya sudah 58 tahun, namun masih layak untuk terus memegang watak utama untuk beberapa tahun lagi. - KitaReporters 


0
1
0
0
0
You will be interested

Video| Dia dah mula balik dah! Aliff Syukri buka semula IG-nya! Nak jual harga RM500k! Gimik je kot?

Aliff Syukri Kamarzaman yang sebelum ini umum tak akan lagi aktif dalam media sosial nampaknya seperti cakap tidak serupa bikin apabila buka semula akaun IG-nya

Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 23 hours ago

Video| Wahai Ifa Raziah! Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Tegur Ustaz Ahmad Dusuki!

Tular beberapa video sebuah majlis akikah anak keluarga usahawan. Netizen rasa kurang senang apabila lihat Ifa Raziah dan usahawan sensasi Kak KM sakan bergelek
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 hour ago

Menarik sekali! Penyokong minat nak beli saham Kelantan FC! jika terjadi, ia satu sejarah baharu!

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman ada terima permohonan daripada penyokong setia berminat untuk beli saham Kelantan FC sebanyak 5% pada harga RM3 juta
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 3 hours ago

Video| Siapa yang salah? Pelajar tidur, guru siram air! Guru mohon maaf! Akan dikenakan tindakan!

Tular video seorang guru di Kalimantan yang bertindak menyiram seorang murid perempuan yang letakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Allahuakhbar! Si bulus Lala ikut tuan sebut nama Allah ketika beranak! Undang sebak netizen!

Tular video tunjukkan seekor kucing dikenali sebagai Lala ikut tuan yang setia menemaninya sebut nama Allah ketika lahirkan anak dan mengundang perhatian ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 6 hours ago