Seni & Sukan 25 Nov, 2020

Nasihat seorang abang! Surat terbuka Dai Luqman buat Dai Syed

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KECOH dalam media sosial mengenai dakwaan rogol terhadap penceramah selebriti, Dai Syed atau nama penuhnya Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail. Ia bermula apabila seorang pengguna Twitter mendakwa rakannya mengalami trauma akibat menjadi mangsa rogol Dai Syed. : KitaReporters 


Dai Syed membuat laporan polis berkenaan dakwaan rogol yang dikenakan ke atasnya.


Lagi cerita-cerita berkaitan pendakwah:

https://kitareporters.com/search?search=pendakwah


Susulan dakwaan yang dianggap fitnah itu, pendakwah bebas berkenaan akhirnya membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas terbabit.



Dalam pada itu, isu tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan dai yang lain seperti Dai Luqman yang akhirnya bersuara dengan menulis surat terbuka untuk rakannya itu dalam akaun media sosialnya.

Menurut Dai Luqman, dia berbuat demikian kerana menerima banyak mesej daripada orang ramai berkenaan hal tersebut. Justeru, dia terpanggil untuk menasihati Dai Syed yang dianggap seperti adiknya.


Dai Luqman menulis surat terbuka kepada Dai Syed.


“Surat terbuka buat adinda Syed. Sejak dua hari ni, bertalu-talu masyarakat prihatin yang hantar DM (direct message) kepada Chaq, ingin mengetahui kesahihan berita yang sedang berlegar.

“Tahniah Chaq ucapkan kepada pihak yang cuba untuk tabayyun, bukan terus menyerang secara memviralkan.

“Asalnya, Chaq nak buat tak tahu sahaja sebab ia melibatkan privasi seseorang. Namun, setelah ia melibatkan nama baik alumni yang lain, maka Chaq tak boleh berdiam. Chaq kena jernihkan keadaan sebab ia melibatkan maruah agama dan adik-beradik Chaq yang lain.

“Chaq ni antara yang tertua di kalangan alumni dai. Jadi, setiap masalah yang dihadapi para dai, kebanyakannya individu akan rujuk kepada Chaq. Antaranya perihal adinda Syed dan ini bukan kali pertama perkara sebegini timbul. Namun, sebagai abang, kita sayang adik-adik kita.

“Kami para dai yang lain sudah berkali-kali memberikan peringatan buat adinda Syed agar berhati-hati dalam kehidupan, sebab anda membawa nama baik dai. 


Dai Luqman terpaksa bersuara demi menjaga nama baik para dai yang lain.


“Dan paling penting, jauhi diri daripada fitnah "wanita" pada akhir zaman sebab Nabi dah beri amaran sejak lebih 1,400 tahun lalu.

“Buat adinda Syed, jika anda berada di pihak yang betul, ambil isu ini sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa hadapan. Fitnah kalau nak berlaku, hanya sekelip mata, tanpa ditunggu. Perbaiki akhlak dan ketahui beban yang harus digalas apabila ada title dai di depan,” tulisnya.

Dai Luqman juga menasihati Dai Syed, sekiranya bersalah jangan sesekali tidak mahu mengaku kerana lambat-laun perkara itu akan terbongkar juga.

“Jika adinda Syed bersalah, satu sahaja Chaq nak nasihatkan, jangan ditegakkan benang yang basah sebab lambat laun akan diketahui juga. Cuba untuk selesaikan dengan cara baik dengan pihak yang terbabit.

“Don't play victim! Ambil saluran perundangan yang ada! Dan nasihat buat semua termasuk diri Chaq sendiri. Ayuh kita sama-sama tingkatkan ketakwaan sebab apa yang kita ada kat dunia ni, tiada apa-apa faedah di sisi Allah, melainkan takwa.

“Jaga kata-kata kita, sebab itu semua akan diperhitungkan di hadapan Allah kelak! Wallahua'lam,” tulis Dai Luqman.


Semoga kita dijauhi daripada fitnah akhir zaman yang makin berleluasa pada masa kini. Sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak, kita serahkan pada pihak berkuasa. - KitaReporters

25
6
8
1
1
You will be interested