Seni & Sukan 15 Oct, 2020

Saksikan 'Kim Kardasian Malaysia' dalam The House! Siapa tu?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Dalam kalangan fashionista, nama Ezurin Khyra atau lebih dikenali sebagai ‘Princess Ezurin’ sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi. Bentuk badan Ibu tunggal anak 5 ini mengalahkan anak dara malah kehidupannya yang dikelilingi kemewahan sentiasa menjadi viral. : KitaReporters  


Soalnya, mampukah Ezurin hidup serba sederhana, luar daripada kebiasaannya apabila ditempatkan di sebuah rumah bagi program realiti ‘The House’ musim keenam?

‘The House’  yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro HD (104) setiap hari Rabu, jam 9 malam bermula 21 Oktober 2020 ini, akan membawa Ezurin bersama keluarganya untuk keluar dari zon selesa di mana mereka harus mengharungi kehidupan yang lebih sederhana serta perkara-perkara yang tidak dijangka. 

Mampu kah Ezurin menyahut cabaran itu waima selama ini beliau mewah malah gayanya membuatkan beliau dilihat bagaikan 'Kim Kardashian Malaysia'? Tak percaya? Cer singgah ke laman Instagramnya @ezurinkhyra dan lihat sendiri. 


Apa pun, masih mengekalkan format asal, program ‘The House’ musim terbaharu ini bukan sahaja bakal menampilkan kisah Ezurin Khyra, seorang ikon fesyen berpengaruh, sosialit masyhur serta ibu jelita kepada empat putera,  Tunku Amaan Khrya, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra, Tunku Rmaan Khyra dan seorang puteri, Tunku Nadya Khyra hasil perkahwinan terdahulu bersama kerabat diraja, bahkan ditemani rakan karibnya, Magie Abang Saufi yang merupakan ibu kepada rapper terkenal, Arabyrd.

Lokasi utama penggambaran program realiti ‘The House’ dijalankan di sekitar Hulu Langat serta mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk diselesaikan.

Korang nak tahu tak, ketika melihat lokasi rumah yang akan digunakannya, Ezurin agak terkejut, almaklum rumahnya bagaikan istana kan, namun beliau cukup ‘sporting’ apabila memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran dijalankan.

Pun begitu, kesemua hiasan dan dekorasi rumah yang dapat dilihat menerusi episod mingguan ‘The House’ merupakan cita rasa dan idea asal Ezurin menggunakan koleksi peribadi beliau sendiri. 

Iyalah, dah kena duduk hampir sebulan, kenalah buat macam rumah sendiri tak gitu?


“Kami yakin musim ini bakal memikat hati para penonton yang pastinya berasa teruja untuk mengenali keluarga ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, ini juga merupakan perkongsian yang tidak pernah ditayangkan di mana-masa platform sebelum ini. 

Semoga musim ini mampu mengulangi kejayaan musim-musim yang terdahulu sekali gus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital dalam platfrom Gempak, “ ujar Syazwan Zakariah (dua dari kiri), Ketua Content Studio Astro pada sidang media secara virtual yang berlangsung petang semalam, Rabu14 Oktober 2020.



Pada asalnya sidang media sepatutnya berlangsung di @The Chow Kit - An Ormond Hotel namun disebabkan oleh PKPB, ia bertukar secara virtual melalui platform digital.

Melalui 10 episod, penonton dapat mengenali sendiri karakter sebenar keluarga terkenal ini yang tidak pernah dikongsikan dengan masyarakat umum.

Menurut Syazwan, secara eksklusif, Ezurin berkongsi isi hatinya sebagai ibu tunggal kepada umum waima menyaksikan sisi berbeza Ezurin yang sebenarnya amat mementingkan adab dan nilai-nilai ketimuran dalam membesarkan anak-anak waima  boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi.

Tentu ramai yang tidak sangka walaupun gaya hidupnya senang lenang, namun sebagai seorang ibu beliau bijak menguruskan rumah tangga malah berupaya memasak masakan Melayu.




Tetapi dalam pada itu, sebagai model dan penggemar fesyen, Ezurin sanggup menukar pakaiannya sebanyak lima hingga enam kali setiap kali waktu penggambaran berlangsung. 

Setiap ‘look’ yang ditampilkan turut mempunyai sentuhan solekan dan gaya rambut yang berbeza. Ezurin turut menyediakan sendiri koleksi busana mewah daripada pelbagai jenama antarabangsa untuk digayakan sepanjang program.

Jadi dia akan tetap kelihatan cantik tau kerana itu adalah dirinya. Apa ada hal setakat duduk sebulan sahaja, tak gitu? 

Korang mampu? - KitaReporters

3
1
0
3
2
You will be interested