Gaya Hidup 05 Oct, 2021

Video| Nama baik SRK tercalar! Anaknya, Aryan ditahan hadiri pesta dadah atas kapal persiaran!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.

Gambar keluarga Shah Rukh Khan. Aryan nombor dua dari kanan. - Kredit foto: IG: IamSRK

POPULARITI mega bintang Shah Rukh Khan, (SRK) 55, tercalar apabila anak sulungnya Aryan Khan, 23, ditahan pada Ahad, 3 September 2021 lalu di Mumbai kerana dipercayai terlibat dalam parti liar dadah di atas sebuah kapal persiaran mewah pada hari yang sama dia ditahan.

Mengikut laporan India Today, Aryan Khan bersama tujuh individu lain ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang melakukan penyamaran dan membuat serbuan ke atas kapal persiaran mewah Cordelia ketika ia berlayar menuju Goa. 

Difahamkan, dua daripada individu yang ditahan merupakan pengedar dadah dari New Delhi dan Haryana.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan

Aryan (depan) antara suspek yang ditahan dalam satu pesta dadah atas kapal pesiaran. - Kredit foto: FB ANI

Menurut seorang pegawai NCB, pihaknya mendapat maklumat mengenai satu parti dadah yang diadakan di atas kapal terbabit.  Justeru, NCB menghantar pegawai untuk menyamar sebagai penumpang kapal sebelum melakukan serbuan.

Dalam serbuan itu,  pihak berkuasa berjaya merampas 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) atau pil ekstasi dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).

Aryan Khan adalah antara suspek ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang tersebut. 

Dua lagi yang ditahan adalah rakan Aryan Khan iaitu Munmun Dhamecha and Arbaaz Merchant.

Mereka turut dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan dan menjalani tahanan di pejabat NCB sehingga Khamis, 8 Oktober 2021.


SRK setakat ini belum memberi ulasan mengenai penangkapan anaknya. Perkahwinan beza agama antara SRK dan Ghauri Khan pada 1991 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.

Aryan mencuba kebolehan berlakon di Bollywood dengan kemunculan pertama dalam filem Khabi Kushi Kabhie Gham, pada 2001 ketika berusia 4 tahun. Ia adalah salah sebuah filem hits lakonan ayahnya. - KitaReporters

Aryan bersama bapanya SRK. - Kredit foto: IG IamSRK.

19
10
0
9
0
You will be interested

Pening-pening! Teong Kim tak puas hati! Hamidin okey je! Pan-gon bukan jaminan ke Piala Asia?

Hamidin Mohd. Amin tegaskan, Lim Teong Kim mulai tak berpuas hati dengannya sejak penamatan khidmatnya sebagai ketua jurulatih skuad B16 kebangsaan pada 2018

Video| Bayi dikandung meninggal! Selepas ibu bersalin terpaksa diusung ke ambulans! Jalan licin!

Di Sumatera, Rusmina yang hampir nak bersalin terpaksa diusung 4 pemuda ke ambulans untuk dibawa ke pusat kesihatan akibat jalan berlumpur, licin kerana hujan
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Apa nak jadi? Cekal sungguh abang OKU ni! Sanggup turun tangga mengesot! Lif kerap rosak!

Tular perkongsian seorang lelaki paparkan kesukaran dihadapi rakan sekerjanya, seorang OKU akibat masalah fasiliti yang sangat kurang. Lif kerap gagal berfungsi
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Go Satria Muda Pertamina! Baim Wong presiden kelab! Peminat tegar sukan bola keranjang!

Setiap kali kelab bola keranjang Satria Muda (SM) Pertamina berlawan, kelibat aktor Baim Wong pasti ada dalam kalangan penonton kerana dia kini presiden kelab
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Tahniah Syura! 9 tahun menjanda, kini kembali jadi isteri! Resepsi pun selesai diadakan!

Setelah 9 tahun menjanda, penyanyi Syura Badron, 36, tamatkan statusnya apabila dinikahkan kepada Muhd Farizat Ismail, 28, di Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 19 hours ago