Seni & Sukan 25 Aug, 2022

Piala AFC 2022: Tahniah KL City FC! Juara Zon ASEAN! Berpesta gol! Mara ke peringkat seterusnya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


KUALA Lumpur (KL) City FC mencatat kemenangan bergaya 5-2 ke atas PSM Makassar dalam perlawanan akhir Piala AFC 2022 Zon ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi, 24 Ogos 2022.

Kemenangan ini membolehkan KL City meneruskan pejuangan dan akan bertemu kelab dari India, ATK Mogun Bagan pada peringkat separuh akhir Inter Zon.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFC

Kredit foto-foto: FB AFC Cup


Dalam separuh masa pertama, skuad kendalian Bojan Hodak lebih garang dan agresif dalam mengatur serangan untuk mencari gol awal. Mempunyai deretan peluang namun pemain KL City gagal memanfaatkan setiap peluang itu. 

KL City yang bermain di hadapan penyokong sendiri ternyata memberi kelebihan buat mereka yang dilihat lebih menguasai permainan dan lebih cepat  menyesuaikan rentak permainan dalam perlawanan ini sementara PSM Makassar pula dilihat seperti hilang rentak dan sukar bermain. 

Jaringan yang dicari akhirnya tiba melalui satu hantaran cantik daripada pertahanan sebelah kanan, Kamal Azizi dan Romel Morales melepaskan satu rembatan cantik untuk meletakkan KL City di hadapan pada minit ke-33. 

Dalam perlawanan ini, PSM Makassar dilihat lebih banyak bertahan dan hanya melakukan serangan balas dan mereka gagal menguji penjaga gol KL City yang dilihat lebih tenang dalam menerima asakan. 

Berbaki 2 minit sebelum separuh masa pertama tamat, KL City sekali lagi mengukuhkan kedudukan melalui serangan balas pantas dan Jordan Owusu Mintah tidak mempersia-siakan peluang terbaik ini untuk jaringan kedua pada minit ke-47. 



Ketinggalan 2-0, ketua jurulatih PSM Makkasar, Bernardo Tavares telah melakukan dua pertukaran awal dan mengubah taktikal untuk memastikan skuad kendaliannya terus bersaing untuk menghidupkan peluang bagi memenangi perlawanan ini. 

Dalam usaha PSM Makassar menyerang mencari gol, KL City terus meledak kali ini melalui ketua pasukan mereka, Paula Josue dengan mudah menjaringkan gol ketiga melalui sepakan penalti pada minit ke-50.

Selesa mendahului lawan, permainan KL City dilihat seperti memperlahankan permainan dan rentak menyerang dan ini menyebabkan PSM Makassar mengambil kesempatan dengan terus melancar serangan demi serangan.

PSM Makassar akhir berjaya memecah kebuntuan untuk jaringan pertama mereka melalui Yacup Sayuri yang melepaskan rembatan deras luar kotak pada minit ke-58 untuk jaringan pertama. 

Seperti mendapat rentak, PSM Makassar terus menyerang dan mereka mendapat gol kedua melalui sepakan sudut hasil tandukan Akbar Tanjung pada minit ke-63.


Kredit foto-foto: FB AFC Cup


Tersentak dengan dua jaringan pantas pasukan lawan, Bojan melakukan beberapa pertukaran untuk menyekat kemaraan lawan dan pertukaran ini juga bagi menambah tenaga baru dalam pasukan.

Ketika anak buah Bernardo melakukan serangan, skuad Kota City Boys berjaya menambah jaringan dan  Josue sekali lagi memainkan peranan penting untuk jaringan keempat dan jaringan kedua peribadi dalam perlawanan ini pada minit ke-84. 

Ketika perawanan dilihat seperti akan berkesudahan 4-2, KL City sekali menambah duka lawan mereka apabila mendapat penalti pada minit-minit akhir permainan dan Muhammad Hadin Azman ternyata mudah menewaskan penjaga gol PSM Makkasar untuk jaringan kelima. 

Kemenangan 5-2 KL City membolehkan pasuka tersebut mara ke peringkat seterusnya dan bakal bertemu wakil India. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB AFC Cup

9
16
0
6
0
You will be interested