Seni & Sukan 03 Aug, 2023

Dah tiba masanya! Konsert Tiba Masa Zainalabidin! 29-30 Sept 2023! Sempena 40 tahun dalam dunia seni!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Datuk Zainal Abidin Mohamed (Zainalabidin) mengumumkan secara rasmi hari ini (3 Ogos 2023) bahawa beliau akan mengadakan sebuah konsert sempena meraikan ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam industri seni tanah air. 

Konsert yang diberi nama “Tiba Masa... Zainalabidin” akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2023 nanti di Panggung Sari, Istana Budaya. 

Dipersembah oleh BSync Live dan X-FWD Management, tiket-tiket konsert akan mula dijual pada 4 Ogos 2023 ini di www.ticket2u.com.my dengan menawarkan enam tier tiket pada harga bermula RM169 untuk empat duduk Aras 2 sehingga RM865 untuk tempat duduk kategori Emas.



Zainalabidin berkata, mengikut perancangan, beliau bakal mengadakan persembahan tanpa henti selama 2 jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen. 

Di samping itu, turut menjadi tarikan konsert “Tiba Masa” adalah kemunculan istimewa kumpulan Headwind yang bakal membuat persembahan bersama Zainalabidin dengan lagu-lagu hit mereka seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin dan Hanya Di Radio. 

Kali terakhir kemunculan Headwind bersama Zainalabidin adalah dalam sebuah persembahan sewaktu konsert Zainalabidin pada 5 tahun yang lalu. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
11
0
11
0
You will be interested