Seni & Sukan 06 Oct, 2022

Video| Erma Fatimah minta Zul Ariffin jelaskan! Siapa malaikat dimaksudkan! Tiada siapa nak ngaku!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Erma Fatima dan Zul Ariffin

PENYIARAN babak sumbang dalam Instagram Zul Ariffin pada 18 Mac 2022 lalu menyebabkan drama 30 episod, ‘Perempuan Itu’ menjadi mangsa

Zul Ariffin atau Zulkifli Ariffin, 43, sudah dihukum dan membayar denda RM30,000 setelah Mahkamah Sesyen Sepang menjatuhkan hukuman pada Selasa, 4 Oktober 2022.

Video aksi Zul dan Siti Hariesa menyebar dalam media sosial dimulakan dengan muat siar dalam Instagram @zul_ariffin.


TV3 terpaksa menggantung tayangannya yang sepatutnya sepanjang Ramadan (April 2022) dan ia turut merugikan produsernya, Erma Fatima, 54, atau nama sebenarnya  Fatimah Rahmad Ali, 52, kerana bayaran yang sepatutnya diterima tertangguh

Erma terpaksa menyunting semula ‘babak panas’ dalam drama itu dan akan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk kelulusan tayangan.


Aksi Siti Hariesa ini dijangka disunting

Selepas dihukum dan membayar denda, Zul memberitahu media, "tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya 'malaikat', saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa."

Kata-kata bercorak sindiran itu mengejutkan Erma Fatima

Erma mahu Zul menjelas secara jelas siapa dimaksudkan ‘malaikat’ itu. Jika tidak isu itu akan terus panas kerana tiada siapa akan mengaku terlibat menyuruh Zul memuat naik video kurang sopan itu dalam Instagramnya.


Aksi begini turut disunting

Erma berharap kejadian yang menimpa Zul Ariffin menjadi peringatan buat semua anak seni lain

Menurutnya, insiden itu disifatkan sebagai peringatan daripada Tuhan supaya tidak melakukan sesuatu perkara sehingga melampaui batas

"Ini adalah pengajaran buat kita semua kita. Bukan sahaja Zul tetapi juga saya, pengarah dan anak seni lain," kata Erma.

“Saya percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ini juga pesan Tuhan kepada kita semua penggiat seni tanah air,” kata Erma lagi kepada media.

Zul sebagai Emir dan Mimi Lana sebagai Khalish.

Bagi Erma walaupun disunting semula, drama bersiri ini dijangka ditunggu dan dikuti ramai kerana jalan cerita tersendiri dan dibintangi selain Zul dan Siti Hariesa, ialah Mimi Lana, Eman Manan, dan Amar Asyraf. 

Ia juga kemunculan pertama dalam lakonan Iqbal Zulkefli yang merupakan selebriti parfum sensasi.

Ia menggandingkan dua pengarah iaitu Ain Sharif dan Isma Yusof. Skrip dihasil sepenuhnya oleh Erma Fatima.

Timbul tanda tanya sama ada ‘Perempuan Itu’ bakal ditayang dalam slot ‘Akasia’ atau ‘Samarinda’ TV3. - KitaReporters


14
10
0
20
0
You will be interested