Seni & Sukan 31 Oct, 2022

Demi cinta abang Bangla! 2 wanita sanggup tipu suami sendiri! Ditangkap khalwat di rumah tumpangan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

WANITA berumur 38 tahun mempunyai empat anak ditangkap berkhalwat dengan lelaki warga Bangladesh di Lunas, Kulim, Kedah pada 29 Oktober 2022. - Kredit foto: Media Sosial


HASRAT dua wanita yang merupakan rakan sekerja bermuafakat untuk menipu suami mereka untuk keluar rumah dengan alasan ingin mengambil lesen kenderaan akhirnya menerima padah apabila mereka ditangkap berkhalwat bersama dua lelaki warga Bangladesh di bilik berasingan di sebuah Rumah Tumpangan di Lunas, Kulim, Kedah.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.30 pagi 29 Oktober 2022, kedua wanita itu yang masih berstatus isteri orang masing-masing berumur 38 tahun dan 26 tahun.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kesalahan berkhalwat

WANITA berumur 26 tahun ditangkap khalwat bersama warga Bangladesh di sebuah Rumah Tumpangan di Lunas, Kulim, Kedah. - Kredit foto: Media Sosial 


Operasi yang dijalankan oleh anggota Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di bilik pertama mendapati, wanita berusia 38 tahun yang masih isteri orang itu dan mempunyai empat anak  berada di dalam bilik bersama pasangannya ketika serbuan dilakukan.

Manakala wanita yang berumur 26 tahun juga sudah bersuami tetapi belum mempunyai anak didapati berdua-duaan dengan pasangannya berumur 35 tahun di bilik berasingan pada pukul 12.45 tengah hari.

Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata pihaknya bertindak untuk menangkap wanita terbabit bersama lelaki Bangladesh selepas menerima maklumat awam mengatakan mereka berada di rumah tumpangan tersebut pada pagi itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas pasangan tersebut pihaknya diberitahu bahawa dua wanita itu  memberitahu suami mereka dengan alasannya keluar dari rumah untuk pergi mengambil lesen kenderaan.



Namun, katanya, dua wanita berkenaan tidak pergi mengambil lesen kenderaan sebaliknya mereka menipu suami masing-masing kerana mahu berjumpa dengan warga Bangladesh berkenaan di rumah tumpangan itu.

"Kedua-dua wanita itu bekerja di sebuah kilang plastik dan mereka mengenali lelaki terbabit melalui aplikasi WeChat,’’ kata Anwar Shariffudin.

Dua pasangan berkhalwat itu ditahan mengikut Seksyen 25 Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang membawa hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara ataupun kedua-duanya jika disabit dengan kesalahan tersebut. - KitaReporters


DUA pasangan terbabit dipercayai menggunakan dua buah motosikal untuk pergi ke Rumah Tumpangan di Lunas, Kulim, Kedah. - Kredit foto: Media Sosial

8
14
0
8
1
You will be interested