Seni & Sukan 10 Oct, 2022

Video| Terpaling Juara: Otai ternyata masih berbisa! Rahmad Mega jadi juara! Atasi penyanyi baharu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Para peserta dengan hadiah kemenangan masing-masing.

PERTANDINGAN realiti ‘Terpaling Juara’ musim 1 menemui nokhtah jam 9 malam Ahad, 9 Oktober 2022 lalu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. 

‘Terpaling Juara’ musim 1 terbitan TV3 ini terpecah tontonannya kerana ia disiar secara langsung pada masa yang sama pertandingan realiti Gegar Vaganza 9 (GV9) bersiaran di saluran Astro Ria.

Datuk Sri Siti Nurhaliza Taruddin diundang sebagai juri jemputan untuk memeriahkan peringkat akhir ini di samping Datuk Hattan dan Fauziah Latif sebagai juri tetap.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Terpaling Juara

Rahmad membuktikan otai masih berbisa

Ramai menjangka ‘Terpaling Juara’ akan disandang oleh penyanyi generasi baharu iaitu sama ada Shazreen Shaharom, 25, atau Aqmal Ramlan, 25.

Namun takdir menentukan penyanyi veteran atau otai, Rahmad Tohak, 52, lebih dikenali Rahmad Mega diumum sebagai juara.


Bintang baharu, Aqmal Ramdan, 25, menduduki tempat kedua

Seorang lagi penyanyi veteran Hazami (Norkamal Hazami Ahmad), 47, menduduki tempat ketiga, sementara Shazreen Shaharom, 25, yang sebelum ini diramal bakal menjadi juara akhirnya cuma mampu menduduki tempat keempat.


Hazama berduet dengan Akim Ahmad

Shaz berduet dengan Hael Husani

Rahmad mempunyai azam untuk menjadi juara dan memperlihatkan kesungguhannya sejak awal pertandingan bagi membuktikan otai tetap berbisa.

Sebelum ini Rahmad pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian namun tidak pernah berjaya. Terakhir dia menyertai pertandingan ‘Hijrahkan Laguku’ anjuran TV AlHijrah awal tahun 2022 tetapi gagal ke peringkat akhir.

Sebelum itu Rahmad pernah menduduki tempat keempat pertandingan Gegar Vaganza 1 (GV1) pada tahun 2014.


Dia berharap untuk musim seterusnya, ramai rakan seangkatannya menyertai ‘Terpaling Juara’. 

Sebagai tanda syukur Rahmad akan menggunakan sebahagian wang kemenangan untuk menunaikan umrah.

Rahmad memberi persembahan bertenaga menyampaikan lagu ‘Ku Akui’ nyanyian asal Hafiz Suib dan nyanyian duet lagu ‘Di Penjara Janji’ berduet dengan dengan pengasuh ‘kapten’nya, Hael Husani.

Juara ‘Terpaling Juara’ menerima wang tunai RM100 ribu, naib juara RM30 ribu, ketiga RM30 ribu dan keempat RM10 ribu. - KitaReporters


13
13
0
10
0
You will be interested