Seni & Sukan 27 Sep, 2022

Video| Tahniah Noraniza! Cipta rekod MBOR! 565 penari! Paling ramai buat persembahan irama Malaysia!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Noraniza Idris dan Hazami berduet sambil diiringi tarian 565 pelajar di Dataran Merdeka. - Kredit foto-foto: IG noraniza idris

RATU Irama Malaysia dan pop etnik, Noraniza Idris, 54, melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) apabia berjaya menghimpunkan jumlah penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Isnin, 26 September 2022. 

Persembahan khas tarian asas tradisional itu ditarikan oleh 565 pelajar dari sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia

Mereka mengiringi Noraniza membawakan lagu baru ‘Ala Ewa-Ewa’, duet bersama Hazama serta dua lagu popularnya, ‘Intan Payung’ dan ‘Dikir Puteri’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Noraniza Idris



Menurut Noraniza, pengiktirafan itu membakar semangatnya untuk terus cuba memartabatkan genre irama Malaysia dan etnik kreatif, meskipun berdepan pelbagai cabaran. 

“Sebagai penganjur, saya teruja apabila usaha ini mendapat pengiktirafan kerana tidak mudah mengendalikan acara dalam skala besar, apatah lagi untuk mendapat pengiktirafan MBOR.
“Ia tidak sama seperti kita menang anugerah kerana pengiktirafan MBOR ini membuktikan kita telah melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis

“Apabila mereka hadir untuk mengikuti program ini, ia memberikan saya kepuasan kerana itu bermakna, matlamat kita tercapai,”  katanya kepada media.


Noraniza gembira menunjukkan sijil penghargaan MBOR yang dterimanya.
Sebahagian pelajar yang menyertai acara di Dataran Merdeka

Noraniza juga mengharapkan usaha itu dapat menjadi panduan buat generasi pelapis dalam tarian tradisional. 

Menurutnya, dia hampir berputus asa berdepan pelbagai cabaran menjelang acara, dan bersyukur mendapat sokongan daripada pelbagai pihak pada saat akhir.
Tambahnya, ia menjadi hari bersejarah buat dirinya, terutama apabila dapat mengetengahkan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional daripada peserta yang tidak mempunyai asas dalam seni dan budaya.



“Mereka diajar dalam tempoh lapan hari. Kalau diikutkan, memang tidak jadi, tetapi saat akhir, kami mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan sekolah antarabangsa untuk menjayakan program ini.
“Pelbagai cabaran dan dugaan, namun Alhamdulillah berkat doa serta kesabaran semua, kita berjaya selesaikan usaha ini,” katanya. - KitaReporters

9
15
0
11
0
You will be interested