Seni & Sukan 21 Sep, 2022

Ada acara tradisional! Program Jom Masuk Kampung dan Festival Kesenian Islam! Di Masjid Lapan Kubah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Idris (tiga dari kiri) bersama penduduk turun ke sawah yang berlatarbelakangkan Masjid Lapan Kubah


PROGRAM Jom Masuk Kampung dan Festival Kesenian Islam yang berlatarbelakangkan panorama indah Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jertih, Terengganu menarik perhatian ramai pengunjung. 

Selain reka bentuk keindahan masjid, Lapan Kubah yang juga digelar Masjid Rusia, sawah padi yang terbentang dan menghijau mengamit orang ramai yang datang untuk menyaksikan pelbagai acara tradisional yang berlangsung di lokasi berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penganjuran festival

Idris Jusoh (tengah) bersama penduduk berbasikal masuk kampung


Program dua hari bermula 16 September 2022 dan berakhir 17 September 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Terengganu dipenuhi dengan pengisian acara berbentuk tradisional

Kehadiran Pengerusi FELDA Tan Sri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, merasmikan program berkenaan memeriahkan suasana program yan g turut disertai masyarakat kampung.


 Aktiviti menangkap ikan dalam parit


Antara acara yang diadakan termasuk permainan congkak, kayuhan basikal, gotong royong memasak gulai kawah, menangkap ikan dalam parit, sukan rakyat, pertandingan nasyid dan jom turun ke sawah

Idris turut bersama penduduk kampung menyertai program turun ke sawah dan berpeluang menangkap ikan dalam parit


Gotong royong memasak gulai kawah


Dr Faridah Mat


Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Dr Faridah Mat, yang hadir sama pada program tersebut kagum dengan pembabitan masyarakat setempat yang menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi terutama dalam aktiviti gotong royong

“Program masuk kampung adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan oleh agensi itu dalam usaha memupuk ukhuwah dan menarik penyertaaan penduduk terutama dalam kawasan luar bandar,” katanya. - KitaReporters


Penduduk hadir memberi sokongan kepada Program Jom Masuk Kampung anjuran KEMAS Terengganu

 

 

 

 

9
15
2
15
0
You will be interested