Selepas dikecewakan dalam saingan Piala Malaysia 2023 baru-baru ini pada suku akhir, Selangor FC bangkit membalas dendam apabila membelasah Terengganu FC 4-0 dalam perlawanan Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 29 September 2023.
Skuad Penyu tidak menurun pemain utama kerana ingin memberi rehat sepenuhnya kepada pemain kerana melalui jadual padat dan ini juga persediaan untuk hadapi perlawanan kedua Piala AFC 2023 nanti.
Ini memberi kelebihan buat anak buah Tan Cheng Hoe untuk menampilkan permainan lebih bergaya dan bertenaga di hadapan penyokong lawan.
Selangor turun dalam misi untuk memastikan tempat kedua dalan Liga Super menjadi milik mereka sekali gus menjamin tempat ke Piala Asia tahun hadapan (2024).
Tidak menurun pemain utama menyebabkan permainan Terengganu serba tidak menjadi dan gagal tampil seperti sebelum ini.
Dalam perlawanan tersebut, empat jaringan hadir daripada Yohandry Orozco pada minit ke-26, Orozco minit ke-41, Faisal Halim minit ke-52 dan Muhammad Aliff Izwan Yuslan minit ke-80.
Kemenangan ini membolehkan Selangor terus kekal di tangga kedua liga dengan kutipan mata 52 dan jauh meninggal Kedah.
Jika kedudukan liga kekal, Gergasi Merah Kuning akan tampil di kejohanan Asia selepas menyepi agak lama. - KitaReporters