Seni & Sukan 03 Sep, 2023

Tahniah! Pasukan Hoki 5s lelaki dan wanita layak secara merit ke Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Oman!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Skuad hoki negara terus cemerlang dan mencipta kejayaan apabila kali ini pasukan hoki 5s lelaki dan wanita berjaya melangkah secara merit ke Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Oman. 

Kejayaan pasukan lelaki dibantu oleh Oman yang berjaya berada di tempat empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki 5s Piala Asia 2023. Oman merupakan tuan rumah dan layak secara automatik atas status tuan rumah manakala tiga pasukan terbaik akan ke Piala Dunia. 

Disebabkan Malaysia akan bertemu mereka dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, ia secara tidak langsung telah memberi 'tiket penerbangan' ke kejohanan tersebut. 

Kejayaan pasukan lelaki dan wanita ke pusingan akhir membuktikan Malaysia masih mengekalkan kuasa besar di Asia dalam permainan hoki. 


Malaysia tewas 4-5 kepada Oman dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan ke empat. - Kredit foto: Malaysian Hockey Confederation 


Hasrat pasukan lelaki untuk ke pentas akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, India 10-2 pada aksi separuh akhir.  

Pasukan lelaki menutup kempen di tempat ke empat selepas tewas 4-5 kepada Oman dalam penentuan tempat ketiga dan ke empat. 


Pasukan Hoki 5s Wanita berjaya layak secara merit ke Piala Dunia 2024. -  Kredit foto: Malaysian Hockey Confederation  

Sementara itu, pasukan wanita berjaya berada di kedudukan ketiga menewaskan Indonesia 2-1 melalui penentuan shoot-out. Kedua-dua pasukan terikat 4-4 selama 30 minit permainan sebelum Malaysia mengesahkan tempat. 

kejohanan Piala Dunia Hoki 5s akan diadakan di Oman pada 24 sehingga 31 Januari 2024. - KitaReporters

15
12
0
17
0
You will be interested