Kemenangan Morocco dalam perlawanan terakhir ke atas Canada membolehkan mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan F selaku juara kumpulan dalam aksi Piala Dunia 2022 pada 1 Disember 2022.
Dua jaringan daripada Hakim Ziyech dan Youssef En-Nesyri membolehkan mereka mencatat kemenangan 2-1 ke atas Canada di Stadium Al Thumama.
Morocco perlu sekurang-kurangnya keputusan seri jika ingin layak namun ia masih bergantung kepada keputusan satu perlawanan tetapi mereka memilih jalan selamat dengan mencari kemenangan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia
Skuad bimbingan John Herdman bermula garang apabila seawal minit ke-4 sudah membuka tirai jaringan melalui Hakim.
Morocco terus mengukuhkan kedudukan pada minit ke-23 hasil jaringan Youssef hasil gerakan cantik daripada pemain tersebut.
Canada cuba merapat kedudukan selepas peroleh jaringan pertama hasil gol sendiri daripada pemain pertahanan Morocco, Nayef Aguerd yang tertampan bola ke gawang sendiri.
Canada cuba bangkit dengan pelbagai gerakan serta percubaan namun Morocco bertahan dengan baik untuk mengekalkan kedudukan tersebut sehingga taman permainan.
Kemenangan ini menyaksikan Belgium terpaksa melupakan hasrat ke pusingan seterusnya apabila mereka sekadar seri 0-0 dengan Croatia.
Morocco akan turun pada pusingan seterusnya pada menentang satu lagi laluan sukar iaitu Sepanyol pada 6 Disember 2022. Sementara Croatia pula akan menentang pada Jepun pada 5 Disember 2022. - KitaReporters