SWITZERLAND dipaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 3-2 ke atas Serbia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium 974, Ras Abu Aboud pada 2 Disember 2022.
Kemenangan ini membolehkan mereka berada di tangga kedua dan mengiringi Brazil ke pusingan 16 pasukan terakhir.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia
Dalam perlawanan ini, jaringan pantas dan berbalas serangan membuatkan perlawanan ini begitu menarik untuk di tonton.
Switzerland membuka tirai jaringan melalui pemain bintang mereka, Xherdan Shaqiri pada minit ke-20
Namun begitu kegembiraan itu hanya sementara sahaja apabila Serbia menyamakan kedudukan hasil jaringan Aleksandar Mitrovic pada minit ke-26.
Serbia terus menekan barisan pertahanan lawan dan berjaya peroleh jaringan kedua menerusi Dusan Vlahovic pada minit ke-35 untuk mendahului 2-1
Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Switzerland berjaya menyamakan kedudukan dari Breel Embolo untuk memasuki bilik persalinan dengan keadaan mood lebih baik.
Sambung babak kedua, Switzerland sekali lagi berada di hadapan 3-2 apabila hanya memerlukan tiga minit saja dan Remo Frueler kembali menceriakan pasukannya.
Serbia cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan namun pemain Switzerland berjaya bertahan dengan baik untuk mengekang daripada mereka dibolosi.
Di pusingan seterusnya, Switzerland akan bertemu Portugal sementara Brazil pula dijadualkan menentang wakil Asia, Korea Selatan. - KitaReporters