Seni & Sukan 29 Jul, 2022

Video| Abdul Rahman Mat Dali bersyukur! Janji beri bonus, pakej umrah! Biasiswa untuk anak yatim!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Abdul Rahman Mat Dali (paling kanan) bersama sebahagian barisan pelakon filem 'Mat Kilau'.

Bermodal RM8 juta, kini berjaya mengutip lebih RM90 juta. Studio Kembara Sdn Bhd bersyukur dengan keuntungan tidak diduga itu bagi filem pertama keluarannya, ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan', yang menempa sejarah selepas menjadi filem tempatan paling tinggi kutipan

Produser, Abdul Rahman Mat Dali berjanji akan memberi bonus kepada pelakon dan tenaga penerbitan pada masa yang sesuai dan jumlahnya.

Selain bonus, produser ini juga akan menghadiahkan pakej umrah kepada pelakon dan tenaga penerbitan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem Mat Kilau


Abdul Rahman Mat Dali tak sangka keluar modal besar dapat untung berganda-ganda.


Selain itu dia juga akan memberi biasiswa kepada anak yatim bagi meneruskan pengajian. Semuanya akan dilakukan setelah filem ‘Mat Kilau’ tamat tayangan, katanya kepada sebuah media.

Filem ‘Mat Kilau’ tidak akan wujud segah ini jika tiada produser yang sanggup mengeluarkan belanja besar serta dibantu sentuhan magis pengarah Syamsul Yusof.


/

Syamsul Yusof melakukan kerja pengarahan 'Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan'.

Pasti ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya Abdul Rahman Mat Dali. Tidak banyak fakta yang dapat diperoleh termasuk dalam Wikipedia kerana dia merupakan usahawan Bumiputera yang ‘low profile’.

Selain memiliki dan menjadi Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah di Bangi, dia juga terlibat dalam perniagaan lain antaranya ialah Medi Circle Sdn. Bhd., Murni International College, Bangi Dialysis Centre, Az-Zahrah Wellness Centre and Az-Zahrah Multi Intelligence Academy (AMPAC).

Dia turut terlibat dalam sejumlah kerja sosial antaranya menjadi Lembaga Pengarah Malaysia-Turkey-Arab-Europe Friendship (MTAEF) Foundation

Abdul Rahman sebenarnya seorang akauntan yang kemudian berkecimpung dalam bidang perniagaan dan kerja amal


Para pelakon 'Mat Kilau' semuanya pandai bersilat.

Abdul Rahman yang dikenali warak cuba untuk menghasilkan filem bercorak dakwah patriotik.

Walaupun dinasihat sejumlah rakan perniagaan agar tidak membazir duit untuk buat filem yang sejarahnya lebih banyak rugi dari untung, tambahan pula mengeluarkan wang yang banyak.

Namun pertemuan dengan produser Datuk Yusof Haslam memberi semangat untuk membuka syarikat filem ‘Kembara Studio’ dan memberi kepercayaan kepada anak Yusof, Syamsul untuk mengubah suai skrip dan mengarah filem ‘Mat Kilau’.



Pada mulanya Syamsul kurang berminat untuk mengarahkan filem ‘Mat Kilau’. Dan Abdul Rahman tetap akan menghasilkan filem ‘Mat Kilau’ tanpa Syamsul.

Tetapi kemudian Syamsul terima kerana ingin mencuba menghasilkan filem epik sejarah yang sungguh mencabar itu.

Kini tidak lama lagi dua bintang utama kejayaan filem ‘Mat Kilau’ ini, Abdul Rahman dan Syamsul dipercayai bakal menerima anugerah Datuk atau  Datuk Seri. - KitaReporters

10
11
0
9
0
You will be interested