Seni & Sukan 18 May, 2024

Uji bakat terbuka teater Encore Melaka! Pada 26 Mei, 2:00 - 5:00 ptg! Untuk musim baharu produksi!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Setelah empat tahun operasi diberhentikan akibat pandemik, Encore Melaka, sebuah seni bina di Asia Tenggara yang mengagumkan dan mempunyai auditorium berputar 360 darjah yang pertama di rantau ini, kini mencari bakat seni persembahan sebagai persiapan musim baharu produksi teater bertaraf dunia.

Pertama kali dibuka pada Julai 2018, teater Encore Melaka yang berkapasiti 2,000 tempat duduk merupakan pentas persembahan luar negara yang pertama bagi Siri Impression dari China — ditubuhkan pada 1998 oleh pengarah terkenal, Zhang Yimou, Fan Yue dan Wang Chaoge. 

Produksi yang mendapat pujian tinggi ini menampilkan lebih 200 artis yang mempersembah persembahan berlatarbelakangkan pemandangan air dan pemetaan cahaya yang memukau, perlu ditonton untuk dirasai tarikannya.



Pengasas Encore Melaka, Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, "Selepas berjaya mengharungi cabaran pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya, kami berasa amat bangga untuk kembali ke pentas semula. 

"Dengan ketibaan semula pelancong dan Melaka sebagai destinasi popular yang kaya dengan budaya, kami teruja dalam mengalukan bakat tempatan baharu dan menyertai kami dalam mencipta produksi baru.”

Bergabung tenaga dengan WYC Dance Studio dan Arts Centre (WYC) dalam menyediakan platfom kepada artis yang sudah berpengalaman mahupun masih baharu untuk mempamerkan bakat mereka, Encore Melaka dengan teruja mengumumkan uji bakat terbuka pada hari Ahad, 26 Mei dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Syarat-syarat:

  1. Umur: 18-30 tahun
  2. Mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan
  3. Bersedia dengan 1 minit persembahan yang menunjukkan bakat anda (mengikut pilihan masing-masing, tetapi sangat digalakkan)
  4. Mempunyai pengalaman pentas (satu kelebihan, tetapi tidak diwajibkan)



Individu yang berminat disarankan untuk mengisi https://bit.ly/encoremelakaaudition dan menghadiri sesi uji bakat terbuka untuk proses yang lebih lancar. 

Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, sila lengkapkan borang tersebut sebelum jam 5 petang, 26 Mei 2024, dan anda akan dihubungi secara berasingan.

"Menyediakan arena antarabangsa untuk artis tempatan kami mempamerkan bakat mereka adalah sesuatu yang sangat dekat di hati kami. 

"Kami percaya, bukan sahaja akan meningkatkan nilai artistik persembahan kami, tetapi juga menghidupkan semula misi kami dalam menyampaikan kisah-kisah kaya yang diilhamkan oleh warisan budaya Malaysia yang unik dan pelbagai. 

"Artis tempatan kita turut boleh menunjukkan bakat mereka kepada penonton dari dekat dan jauh," tambah Boo. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
7
0
9
0
You will be interested