Seni & Sukan 02 Jul, 2024

Harimau lebih belang, lebih garang! Reka corak baharu sut trek! Inspirasi Team Mas Olimpik Paris 2024!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

CORAK belang Harimau yang lebih garang dipaparkan pada pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024. Dua dari kanan ialah Timbalan Ketua Kontinjen, Datuk Nicol David. - Kredit foto: MOM


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) memilih corak belang harimau yang lebih garang untuk dipaparkan pada pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, umum Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Pindaan ini susulan maklum balas yang bercampur baur kebanyakannya negatif terhadap reka bentuk dan motif harimau yang dilihat tidak menyerlah ketika pelancarannya sempena sambutan Hari Olimpik Malaysia di ibu kota pada 23 Jun 2024.

“Reka corak baharu ini berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di hadapan dan belakang jaket.

“Logo MOM dengan kibaran Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna Jalur Gemilang diiringi lima gegelung Olimpik, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu,” katanya dalam siaran media 2 Julai 2024.


REKA corak baharu ini berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di hadapan dan belakang jaket seperti dipakai Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik - pemenang pingat gangsa beregu beadminton Sukan Olimpik Tokyo 2021. - Kredit foto: MOM


“Logo MOM dengan kibaran Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna Jalur Gemilang diiringi lima gegelung Olimpik, berbanding logo MOM

"MOM berasa, reka corak baharu ini melambangkan semangat harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak diperkenal pada Sukan SEA Filipina 2005, sekali gus menyuntik inspirasi 26 atlet negara ‘mengaum’ di Paris.

“MOM juga berharap corak dan motif lebih terang ini menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen malah melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian untuk berjuang atas nama negara,” katanya lagi.


KETUA Kontinjen Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Amin (kiri) dan Mohamad Norza Zakaria serta Nicol David bersama-sama set jaket dan baju T bereka bentuk asal yang dikritik ramai peminat sukan tanah air. - Kredit foto: MOM


Bagi kemeja-T berkolar berwarna emas, MOM mengekalkan corak dan motif yang sama tetapi dengan lakaran logo MOM yang berlambangkan warna-warna Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati bendera negara, katanya.

MOM jelasnya, mendapat kebenaran khas penaja Yonex Sunrise Malaysia agar logo Yonex atau YY tidak dipaparkan pada kedua-dua jaket dan kemeja-T kerana prosesnya dalam mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan perjanjian dengan pengilang sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama itu.

“Justeru MOM berharap seluruh rakyat Malaysia menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024,” kata Norza lagi. - KitaReporters


KONTINJEN Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 bergaya dengan set sut trek bercorak harimau yang baharu ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Kredit foto: MOM


HAMIDIN Amin memegang Jalur Gemilang dan mengetuai kontinjen negara yang melafazkan ikrar perjuangan ke Olimpik Paris selepas menerimanya daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. - Kredit foto: MOM 

10
13
0
12
0
You will be interested