Seni & Sukan 11 Feb, 2023

Video| Nikita Mirzani temankan kekasih lakukan berkhatan! Jangka berkahwin kali keempat tengah 2023!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Nikita berharap perkahwinan keempatnya kekal abadi

Nikita Mirzani Mawardah, 36, adalah antara artis Indonesia yang kerap melakukan perkara sensasi dan sering membuat kecoh dan berseteru dengan rakan-rakan artis hingga dibawa ke mahkamah. 

Baru-baru ini Nikita membuat satu lagi berita sensasi dengan mengaku berzina dengan kekasihnya tetapi tetap melakukan solat.

Katanya setelah berhubungan badan dengan kekasihnya, dia tetap mandi wajib dan sembahyang subuh dan tidak kisah kenyataannya itu ’memakan’ dirinya sendiri.




Dan berita terbaharu, Nikita mengumumkan akan berkahwin tidak lama lagi dengan kekasihnya kelahiran Sepanyol yang dikenali sebagai Antonio Dedola atau dipanggilan mesra Toni. Perkahwinan terbaharu ini dijangka pertengahan tahun ini.

Ia bakal merupakan perkahwinan keempat Nikita yang dalam tiga perkahwinan sebelum ini memperolehi seorang anak daripada setiap perkahwinannya.

Nikita berharap Toni mampu menjadi imam terbaik baginya hingga ke akhir  hayat dan memperoleh beberapa anak daripada perkahwinan itu. Nikita memang suka kanak-kanak dan tidak kisah beranak ramai.

Toni memeluk Islam pada Januari 2023 dan dengan rela hati bersunat (berkhatan) sebagai mualaf pada Isnin, 6 Februari 2023 lalu di sebuah hospital swasta di Bintaro, pinggir Jakarta.

Nikita menyuap sup untuk Toni setelah berkhatan

Bagi mententeramkan Toni, Nikita menemani teman lelakinya itu menjalani proses berkhatan di hospital. Gambar dan video menjelang Toni dan selepas berkhatan dimuat naik dalam Instagramnyanya.

Selesai Toni dikhatan, Nikita ceria melayani pertanyaan petugas media.

Dalam temu bual dengan petugas media, Nikita menyatakan dia terpikat dengan Toni kerana melihat kesungguhan lelaki Mat Saleh itu untuk memeluk Islam dengan rela hati, bukan untuk mengahwininya.

Toni ketika memeluk Islam Januari 2023

Menurut Nikita, Toni sanggup belajar melalui Internet mengenai Islam dan belajar beberapa surah mudah untuk solat.

Walaupun Toni warga Sepanyol tetapi dia membesar dan bekerja sebagai polis tentera di Jerman dan di sana dia berpeluang mendekati sejumlah teman yang merupakan orang Muslim.

Dia juga agak kerap mengunjungi pesantren di Serang tidak jauh dari Jakarta bersama rakannya yang juga mualaf untuk mendalami ilmu agama. 

Nikita juga menyifatkan Toni mempunyai sifat penyayang dan ia terbukti melihat rapatnya hubungan dengan dengan anak-anaknya terutama Azka Rayla Ukra.



Toni tinggal hampir tiga bulan di rumah mewah Nikita di Jakarta dan melihat pembantu rumah dan anak-anak Nikita solat mengerak hatinya untuk mendalami Islam.

Menurut Nikita, dia tidak kisah walaupun pendapatan Toni tidak seberapa, apa yang penting mampu memberi kebahagiaan hidup terhadapnya. 

Sebelum berkahwin Nikita akan mengunjungi orang tua Toni di Sepanyol. Nikita yakin hubungannya dengan Toni direstui ibu bapanya. 

Sebelum ini ibu bapanya merestui Toni memeluk Islam.  Dan Toni membuat video call dengan orang tuanya sebelum melakukan khatan. - KitaReporters


  

14
12
0
15
0
You will be interested