Ini bermakna setiap tahun YKAT perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM60,000 setahun untuk sumbangan hari perayaan sahaja.
Ini tidak termasuk bantuan lain seperti bantuan sakit dan untuk mendapat keperluan hidup kerana ‘putus rezeki’.
Pokoknya dalam setahun jumlah sumbangan lebih RM100,000 untuk kebajikan insan seni.
Bagi sumbangan hari perayaan. setiap insan seni berusia 60 tahun ke atas yang terpilih menerima RM1,000 seorang meliputi mereka yang terlibat sebagai insan seni seperti pelakon, penyanyi dan pemuzik.
Pemberian sumbangan meliputi pelbagai kaum dengan lebih kaum diberi kepada kaum yang merayakan hari kebesaran mereka.

Misalnya sumbangan untuk perayaan Hari Deepavali yang disambut pada 20 Oktober 2025, antara penerimanya ialah Usop Wilcha atau Syed Mohamad Asri Syed Osman, 60, dan empat anggota kumpulan Bumputera Rockers (BPR) iaitu pemain dram, Enal atau Raja Zainal Abidin Raja Hasnan, 64; pemain gitar, Awang BPR atau Norzaini Mohammad, 62; dan pemain bass, Yem Bai atau Abdul Rahim Mohd Zain, 60.
Selain Datuk DJ Dave. 77, selaku Presiden, turut hadir adalah beberapa ahli Pemegang Amanah YKAT iaitu Datuk Nash (Jamaludin Elias), Datuk Nancie Foo, Dr S Kanagarajan dan Colin Lionel Edmonds.
Sementara itu, bagi pelawak veteran Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy. 61, yang kehilangan kaki kiri akibat komplikasi kencing manis kronik turut menerima berita gembira daripada YKAT.

Sebagai sebuah yayasan kebajikan, ia memerlukan dana yang kukuh untuk menjalankan aktiviti.
Yayasan yang sebelum ini dikenali Yayasan Artis 1Malaysia ketika awal penubuhannya mampu bergerak agak selesa kerana mendapat sumbangan tertentu daripada kerajaan ketika itu .
Namun sumbangan tidak lagi diperoleh apabila Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Ia memaksa YKAT membuat beberapa projek untuk menjana pendapatan.
Namun kini ada sinar harapan untuk mendapatkan sumbangan khusus yang lebih selesa daripada Kerajaan Madani.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir ke Konsert Budi Kasih Malaysia 2025, di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2025 lalu memberi jaminan akan mengajukan tuntutan YKAT kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kelulusan.
YKAT adalah yayasan artis yang paling aktif memberi sumbangan kepada insan seni tanah air. Justeru peruntukan yang mencukupi diperlukan daripada pihak kerajaan dan agensi-agensi tertentu. - KitaReporters
