Seni & Sukan 21 Aug, 2022

Takraw Piala Tun Ali: Tahniah Johor! Juara edisi sulung! Melaka naib juara! NS, PP tempat ketiga!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Johor mengejutkan pasukan tuan rumah, Melaka untuk mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-18 untuk muncul juara edisi sulung dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali diadakan di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit, Melaka.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan sepak takraw


Dalam pertarungan set pertama, Melaka bermula garang sehingga mendahului 7-1 pada awal permainan namun mereka sedikit hilang rentak sehingga memberi ruang untuk Johor terus mengejar dan mengikat kedudukan.

Pujian harus diberikan kepada tekong muda Johor, Haziq Hairul Nizam apabila membantu pasukannya mengutip mata demi mata melalui servis beliau sehingga meninggal jauh Melaka. Melaka cuba bangkit namun agak terlewat untuk Johor menang set pertama 21-17. 



Bermula set kedua, Haziq terus mempamerkan aksi terbaik untuk menjarakkan kedudukan untuk membantu Johor mengutip mata. Sementara Mohammad Syahir Mohd. Rosdi pula agak goyah apabila servis beliau sering tersangkut pada jaring. 

Melaka cuba bangkit dengan menukar perejam mereka, namun ia nampak sukar untuk mengejar dan sering kali melakukan kesilapan mudah untuk memberi mata mudah kepada psukan Johor. 

Biarpun bermain di halaman sendiri dengan sokongan padu tetapi mereka terpaksa akur untuk menerima kekalahan kepada Johor straight set 17-21, 18-21. 




Ternyata Johor mengambil kesempatan ke atas faktor keletihan pemain Melaka yang agak kepenatan ketika bermain di separuh akhir dalam tiga set dan dalam perlawanan akhir yang kurang masa untuk berehat sepenuhnya dalam perlawanan ini. 

Sementara tempat ketiga dikongsi bersama oleh Negeri Sembilan dan Pulau Pinang

Johor akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan membawa pulang Piala Tun Ali yang berprestij sementara Melaka membawa pulang RM5,000

Pemain Johor, Haziq dan Noraizat Nordin tersenyum lebar apabila dipilih sebagai tekong dan perejam terbaik untuk bawa pulang RM500.   

Kejohanan ini telah bermula dari 15 hingga 21 Ogos 2022. - KitaReporters


 

8
9
0
14
0
You will be interested