PADA 11 Ogos 2022 yang lalu, Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara demi kebaikan bola sepak di Malaysia.
Hasil mesyuarat tersebut, FAM telah mengumumkan lima perkara baharu dan yakin dengan perkara ini ia dapat meningkatkan lagi pembangunan bola sepak dari akar umbi sehingga ke pasukan utama.
Menurut Timbalan Presiden FAM, Dato'S. Sivasundaram mereka sepakan akan melakukan sedikit perubahan dalam pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia pada tahun hadapan (2023).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sebelum ini Piala Presiden dipertanding pada peringkat umur Bawah 21 Tahun (B-21) dan ia tukar kepada B-20 sementara Piala Belia juga melakukan perkara sama iaitu dari B-19 ditukarkan kepada B-18.
Menurut FAM, pertukaran ini dibuat bagi menyelaraskan had umur untuk pertandingan AFC kelak.
Ini sebenarnya satu pembaharuan yang sangat baik kerana ia akan memudahkan lagi untuk seseorang jurulatih itu membentuk pasukan berbanding sebelum ini.
Bukan setakat peringkat remaja, bagi memastikan kesinambungan pemain bola sepak dari pelbagai peringkat umur, FAM juga melakukan penambahbaikan dalam pertandingan Liga SuperRimau iaitu tiga kategori akan dipertandingkan sehingga peringkat kebangsaan dan liga akan dijalankan secara kompetitif bagi mencungkil lebih banyak bakat baharu.
Antara peringkat umur yang terlibat adalah B-12, B-14 dan B-16.
Sementara untuk peringkat B-6, B-8 dan B-10, FAM akan fokus untuk pembangunan pemain dan mereka akan bermain secara festival untuk memupuk minat dan semangat kesukanan dalam bola sepak.
Selain itu, antara perkara terpuji yang dilakukan oleh FAM adalah melaksanakan platform FIFA Talent Development Scheme (TDS) di mana tugas mereka ini adalah mencari bakat baharu di seluruh negara.
Bukan setakat jurulatih tetapi individu yang berkelayakan juga akan diberikan tugas untuk membantu bersama pencarian bakat dengan kaedah lebih bersistematik.
Bagi memartabatkan sukan dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU), Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) akan berganding bahu untuk memastikan matlamat mereka tercapai dan akan lantik ketua jurulatih yang berkelayakan untuk membimbing persatuan ini.
Akhir sekali, jaringan kemenangan oleh Sean Eugene Selvaraj dari negeri Sembilan FC ketika menentang Selangor FC dalam saingan Liga Super pada 31 Julai lalu akan dihantar pencalonannya ke FIFA untuk Anugerah Puskas FIFA 2022. - KitaReporters
Sumber:
https://fam.org.my/news/keputusan-mesyuarat-jawatankuasa-teknikal-dan-pembangunan-fam-kali-keempat-bagi-penggal-2021