
Game dulu-dulu dah mai balik. Semua warga Seberang Perai boleh jenguk ke Kampung Agong, Penaga, Seberang Perai Utara.
Mulai 12 Julai 2025 di Kampung Agong, Penaga, Seberang Perai Utara banyak permainan tradisional yang menjadi nostalgia dihidupkan kembali oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mengembalikan memori indah zaman dulu-dulu.
Sebagai penganjur bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Penang Green Council (Majlis Hijau Pulau Pinang) dan Tech Dome Penang bergabung bersama beberapa organisasi lagi bagi merealisasikan festival sempena Hari Warisan Seberang Perai 2025.


Ayuh semua warga Seberang Perai bertandang ke Kampung Agong, Penaga untuk mengembalikan nostalgia permainan rakyat dengan menyertai pertandingan Tuju Tin, Tapak Gajah dan Lari Dalam Guni.
Tarik Upih secara berkumpulan pun ada di mana setiap kumpulan harus ada 4 peserta iaitu 2 kanak- kanak dan 2 orang dewasa.
Bukan setakat itu, pertandingan pakaian tradisi dengan tema 'Satu Malaysia, Satu Budaya' juga terbuka untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 8 tahun.


Satu lagi sukan tradisi dan permainan rakyat yang turut diadakan ialah Sepak Raga Bulat, Congkak dan Kukur Kelapa. Bagi acara Kukur Kelapa ia terbuka hanya kepada wanita yang berusia 25 tahun ke atas.
Manakala pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan bagi 2 kategori iaitu 150 orang bagi kategori A yang berusia antara 6 hingga 8 tahun dan bagi kategori B pula adalah bagi kanak- kanak berusia antara 9 hingga 12 tahun. - KitaReporters

