Seni & Sukan 25 Nov, 2022

Video| Kongsi rezeki! Tindakan wanita kongsi nasi kandar dengan burung gagak dipuji! Tidak kedekut!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


TINDAKAN mulia seorang wanita makan bersama seekor gagak atas niat berkongsi rezeki di sebuah restoran mengundang perhatian ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @nazlyofficial, kelihatan wanita itu tetap tenang berhadapan seekor gagak yang terbang kepadanya sehingga mencuri makanannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan burung-burung


Kakak ini berkongsi makan dengan burung,” kongsinya ringkas dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial memuji sifat kebaikan yang ditunjukkan oleh wanita itu kepada haiwan serta tidak kedekut untuk berkongsi rezeki.



“Kesian, kelihatan burung gagak itu kelaparan. Kita sebagai manusia perlu tunjuk rasa belas kasihan kepada semua makhluk dari pencipta,” ujar @jef.

“Mungkin gagak ini tengah lapar. Semoga Allah membalas kebaikan kita semua,” jelas @pelesitselatan.

“Terbaik, berkongsi rezeki Allah,” kata @affizal257. - KitaReporters 


15
11
0
13
0
You will be interested